Pengetahuan

[bigpost][bigposts]

saham

[saham][bsummary]

belajar

[belajar][twocolumns]
Powered by Blogger.

TIMEFRAME MANA YANG PALING SESUAI UTK TRADE?



Timeframe chart ialah sebagai contoh, daily chart, weekly chart, monthly chart, hourly chart, minute chart, second chart dan seterusnya. Bagi seorang trader, sebelum anda memulakan analisis, sudah pasti perkara pertama yang anda akan lakukan ialah memilih timeframe chart.

Jika anda menyangka bahawa price sentiasa bergerak pada uptrend sahaja, atau downtrend sahaja atau sideway sahaja pada suatu masa, sangkaan anda kurang tepat.

Pergerakan price adalah merupakan gabungan pergerakan uptrend, downtrend dan sideway pada masa yang sama !!

Jika anda pilih satu kaunter dan selak tick chart, hourly chart, daily chart dan weekly chart nya.

Apa yang anda jumpa ialah berkemungkinan ketika hourly chart uptrend, daily chart downtrend !... Atau berkemungkinan ketika daily chart downtrend, weekly chart pula uptrend !... Atau berkemungkinan juga hourly chart sideway, tetapi daily chart uptrend !

Itulah yang dimaksudkan bahawa pergerakan price adalah gabungan pergerakan uptrend, downtrend dan sideway pada masa yang sama.

Persoalan skrg ini nak pilih time frame yang mana utk trade?

Jawapannya ialah bergantung kepada anda dan trading style anda.

Contohnya (tak semestinya tepat, bergantung kpd strategi anda juga) -

Adakah anda intraday trader? Jika ya, gunakan tick chart atau minute chart atau hourly chart sahaja.

Adakah anda daily trader? Jika ya, gunakan hourly chart atau daily chart sahaja.

Adakah anda short term trader? Jika ya, gunakan daily chart sahaja.

Adakah anda mid-term trader? Jika ya, gunakan daily chart atau weekly chart sahaja.

Ambil contoh jika anda daily trader, anda hanya perlu risau pergerakan price daily sahaja.

Apa yang berlaku ketika intraday dan short term, tiada kaitan dengan anda dan boleh diabaikan kesannya kerana anda trade pada skala masa yang lebih besar sehingga kesan intraday terlalu kecil dan boleh diabaikan.

Apa yang berlaku ketika short term pula boleh diabaikan kesannya kerana anda trade pada skala masa yang lebih kecil sehingga kesan short term terlalu besar anda tak sempat rasa pun - anda dah pun exit sebelum itu.

Walau bagaimana pun, adalah merupakan satu perkara yang wajar jika anda turut tinjau timeframe chart yang berlainan untuk SEKETIKA dan tidak bergantung sepenuhnya pada satu timeframe chart sahaja. Anda harus sekurang2nya melihat pada timeframe yang lebih panjang dan juga timeframe yang lebih pendek dari timeframe chart yang anda pilih.

Dalam erti kata lain, anda boleh menggunakan chart pada timeframe lain sebagai sokongan.
Sebagai contoh jika anda trade pada daily chart, kemungkinan anda tak memahami kenapa price meningkat, sedangkan bila anda rujuk weekly chart, rupanya weekly price dah mencecah support line.
Contoh yang lain ialah, anda melihat daily price jatuh, tetapi apabila anda mencari weekly chart untuk sokongan, anda dapati weekly price masih lagi strong uptrend. Ini akan membuatkan anda berfikir semula untuk exit.

Contoh seterusnya ialah anda lihat pada daily chart price telah tiba di resistance dan apabila anda mencari weekly chart, pada weekly chart juga price telah tiba di resistance. Ini menunjukkan resistance tersebut sangat kuat dan anda mungkin akan berfikir semula untuk hold share tersebut.

Oleh itu, anda boleh gunakan chart pada timeframe lain sebagai sokongan. Walau bagaimana pun, hanya gunakan satu chart sahaja untuk trade. Jangan dicampur adukkan. Buruk padahnya.

Pada masa yang sama, jangan terlalu kerap merujuk kepada chart pada timeframe lain. Ini kerana anda akan mudah keliru sehingga anda terlupa anda seharusnya trade pada chart yang mana dan akhirnya membuat kesilapan. Oleh itu, berhati-hati jangan sampai makan diri.

No comments:

Post a Comment