BAGAIMANA WALMART BOLEH MENJADI STOCK SAHAM YANG HEBAT?
credit google |
Tujuan Admin share kisah atau kajian tentang WALMART ini ialah utk kita sama-sama mengenalpasti apa yang menyebabkan WALMART menjadi sebuah syarikat gergasi serta stock yang hebat yang memberikan pulangan yang mewah kepada pemegang-pemegang sahamnya.
Siapa tahu mungkin dengan inspirasi daripada kisah ini, anda boleh mendapat kejayaan yang hebat dalam saham dengan mencari stock-stock yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan WALMART?
KENAPA WALMART?
WALMART ialah syarikat peruncitan gergasi di US. Kalau di Malaysia, syarikat rangkaian peruncitan yang biasa kita kenal ialah MYDIN.
Dikatakan WALMART mempunyai purata untung USD1.8 juta setiap JAM! Jumlah mereka yang membeli belah di WALMART melebihi saiz populasi Kanada. Sejumlah 140,000 jenis barangan dijual di WALMART. Sejak kemunculan WALMART, dikatakan sejumlah 55% kedai-kedai runcit di US gulung tikar kerana pasaran dibolot WALMART. Saiz ekonomi WALMART begitu besar sehingga jika ia sebuah negara, ia akan menjadi negara ekonomi ke-28 terbesar dunia.
Disebabkan kemampuan WALMART ini, maka Warren Buffet membeli saham WALMART pada 2005. Namun, kemunculan AMAZON menjadi game changer di dalam sektor peruncitan melalui e-commerce sehingga menjadikan ia saingan terhebat WALMART menyebabkan Warren Buffet memihak kepada AMAZON dan menjual pegangan sahamnya di dalam WALMART pada tahun 2016.
Tapi, itu cerita yang akan kita kupas di lain masa.
BAGAIMANA PERMULAAN WALMART?
WALMART bermula di Arkansas pada tahun 1962. Dalam masa 5 tahun, ia berkembang menjadi 25 kedai di seluruh Arkansas dan mencatat jumlah revenue sebanyak USD12.6 juta.
Pada tahun 1969, WALMART mula diperbadankan. Pada tahun 1970, ia mula disenaraikan di New York Stock Exchange. Sambutan yang diberikan terhadap penyenaraian WALMART begitu hebat sehingga hanya 6 bulan selepas ia disenaraikan, WALMART terpaksa membuat stock split akibat price yang sudah menjadi terlalu tinggi!
Pada tahun 1987, jumlah gedung WALMART mencecah hampir 1,200 dengan jumlah revenue hampir USD16 bilion serta beroperasi di 9 buah negeri di US. Pada tahun 1990, akhirnya WALMART berjaya tercatat sebagai rangkaian peruncitan terbesar di US.
Sejak itu, WALMART mula menjadi syarikat multinasional. WALMART masuk ke pasaran Mexico pada tahun 1991 dan Kanada pada tahun 1994. WALMART terus meluaskan jajahannya di Amerika Selatan pada tahun 1995 dan Eropah pada tahun 1999.
Pada tahun 2002, WALMART tersenarai buat pertama kali di dalam Fortune 500. Pada ketika ini, revenue nya sudah mencecah USD220 bilion dengan profit sebanyak USD6.7 bilion. WALMART kemudian tersenarai lagi di Fortune 500 sebanyak 3 kali.
Hari ini, gedung WALMART memenuhi setiap ceruk US. WALMART berada hampir di mana-mana sehinggakan jarak paling jauh ke WALMART bagi negara sebesar US hanyalah tinggal 100km.
APA RAHSIA KEJAYAAN SAM WALTON DI SEBALIK WALMART?
WALMART diasaskan oleh Sam Walton, seorang bijaksana di dalam bidang peruncitan. Namun, rahsia kejayaan Sam Walton sebenarnya mudah - beliau MENIRU!
Berbanding peruncit-peruncit lain pada zamannya, Sam Walton mempunyai satu perbezaan - beliau sentiasa cuba menambah baik kedai runcitnya melalui pelbagai eksperimen sehinggalah akhirnya beliau bertemu dengan formula kejayaan bisnes peruncitan yang menjadi asas kepada WALMART. Dan semua idea penambahbaikan itu datang daripada pemerhatiannya terhadap kedai-kedai runcit yang lain.
Selepas bersara daripada menjadi tentera pada Perang Dunia Kedua, Sam Walson menyertai francais kedai runcit Ben Franklin di Arkansas. Di kawasan yang sama juga, terdapat beberapa kedai runcit yang lain. Tabiat Sam Walton ialah beliau akan mengintai di setiap kedai runcit ini untuk melihat apa yang berbeza di antara kedai-kedai mereka dan kedainya.
Jika beliau membuat lawatan ke tempat-tempat lain, beliau akan singgah di mana-mana kedai runcit dan melihat-melihat serta membandingkan kedai-kedai ini dengan kedainya. Beliau juga cuba mendapat buah fikiran daripada peruncit-peruncit lain sebanyak mungkin dengan cara menyertai setiap mesyuarat persatuan-persatuan peruncit.
Beliau sentiasa membawa buku nota kecil untuk mencatat sebarang idea yang beliau perolehi. Antara idea yang beliau bawa balik ialah sama ada jenis barangan baru utk dijual, cara mempamer harga jualan mahupun konsep baru. Setiap idea itu kemudian, beliau cuba satu persatu di kedainya. Yang mana berhasil, beliau akan kekalkan. Yang mana tidak menunjukkan hasil, beliau akan buang.
Terdapat beberapa kelebihan jika anda bermula dengan meniru bisnes yang dah berjaya.
1. Anda tak perlu bermula dengan kosong dan menghabiskan masa dan wang untuk mencari pelabur-pelabur yang mahu melabur dengan bisnes baru anda. Anda hanya cuma perlu meyakinkan sahaja mereka bahawa dengan bisnes yang sedia ada, anda mampu buat lebih baik.
2. Anda boleh elak kesilapan sama yang dibuat oleh mereka-mereka yang terdahulu daripada anda. Malah, anda boleh guna idea mereka untuk anda.
3. Anda boleh mencuba konsep anda terhadap bisnes tersebut.
Lama kelamaan, Sam Walton berjaya membentuk konsep beliau sendiri sehingga membawa kepada kejayaan kepada kedai runcit Ben Franklin nya. Dalam masa 5 tahun, Sam Walton berjaya meraih revenue sebanyak USD250,000.
Prinsip asas bisnes runcit Sam Walton ialah untuk menjual barangan pada harga murah dan sanggup mengorban profit margin nya. Oleh itu, untuk mendapat untung beliau harus menjual pada volume yang besar. Selain daripada memperkenalkan konsep baru di dalam bisnes runcitnya untuk menarik lebih ramai orang membeli, beliau juga bergantung kepada fixed cost yang rendah. Salah satu fixed cost yang utama ialah sewa kedai.
Namun, melihat kejayaan cemerlang yang dicatatkan oleh Sam Walton, pemilik kedainya mula bersikap tamak lalu menaikkan kadar sewa. Disebabkan tidak mampu berhadapan dengan perubahan ini, Sam Walton berpindah mencari tapak-takap lain utk berniaga. Dengan mengulang konsep yang sama, menjelang 1960, beliau memiliki 15 kedai runcit Ben Franklin dengan revenue sebanyak USD14 juta.
Semua ini, beliau capai dengan cara meniru daripada yang telah berjaya dan membawanya kepada lebih ekstrim. Antara kata-kata beliau yang popular
"Most everything I've done I copied from somebody else" - Sam Walton, Made In America : My Story, New York Bantham Books, 1993.
RAHSIA KEJAYAAN WALMART.
Sam Walton percaya bahawa dengan menjual barangan pada harga semurah mungkin pada volume yang besar, mampu memberikan pulangan yang sama, jika tidak pun lebih baik, berbanding barangan dijual pada harga biasa, jika volume jualan dapat ditingkatkan.
Untuk mengurangkan kos supaya harga boleh dikurangkan semurah mungkin, beliau mahu mengelak berniaga di bandar-bandar besar yang penuh dengan persaingan, sebaliknya menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan pinggir bandar yang masih dara.
Beliau membawa cadangan ini kepada adik-beradik Butler, pemilik Ben Franklin, namun mereka menolak. Ini menyebabkan Sam Walton meninggalkan francais Ben Franklin lalu membina jenamanya sendiri - WALMART.
Ternyata apa yang pernah dicadangkan oleh Sam Walton berhasil - WALMART berkembang sehingga akhirnya ia menjadi syarikat gergasi rangkaian peruncitan seperti pada hari ini.
Antara rahsia kejayaan WALMART.
1. Meningkatkan volume jualan dengan cara meningkatkan kepelbagaian tawaran serta meningkatkan customer base.
Hampir semua barang ada dijual di WALMART sehinggakan pelanggan tidak lagi perlu ke tempat lain kerana segalanya ada di WALMART. Malah, Sam Walton sendiri sentiasa mengkaji apa lagi produk yang boleh ditawarkan kepada masyarakat.
Selain itu, Sam Walton membina sebanyak mungkin gedung WALMART di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh sehingga ke mana-mana sahaja rakyat Amerika melihat, mereka akan ternampak WALMART. Terdapat kajian yang mengatakan 90% rakyat Amerika tinggal dalam lingkungan jarak 24km daripada gedung WALMART.
2. Mempunyai pengurusan logistik yang sangat berkesan.
WALMART adalah syarikat yang memperkenalkan penggunaan barcode atau tag RFID supaya semua maklumat ttg produk boleh diperolehi dengan mudah, tepat dan pantas melalui sistem inventori elektronik - jimat kos kesilapan.
Selain itu, WALMART juga melibatkan pembekal di dalam sistem inventorinya yang mana pembekal wajib mengikut sistem ketika membekalkan barangan kepada WALMART. Ini utk memastikan hanya barangan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja sentiasa berada di dalam gedung - jimat kos inventori.
Sam Walton juga membina rangkaian pengedaran yang efektif. Beliau membina sehingga 160 pusat pengedaran barangan yang mana setiap satu pusat pengedaran berada dalam lingkungan 200km daripada mana-mana gedung WALMART. Ini memastikan barangan tiba tepat pada masa - jimat kos logistik.
3. Meminimumkan kos operasi.
Menurut Sam Walton, "Everytime WALMART spends a dollar foolishly, its the same dollar that comes right out into our customers' pockets. Everytime we save them a dollar, that puts us one step ahead of the competition".
Disebabkan pendirian ini, maka Sam Walton menjadi seorang yang sangat penjimat, walaupun hakikatnya beliau seorang bilionwan.
Gaji pekerja-pekerja beliau lebih kecil berbanding pesaing-pesaingnya. Bahkan insentif perubatan yang beliau berikan kepada pekerja-pekerjanya juga dikecam kerana terlalu kecil. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa seorang pekerja di WALMART mempunyai beban kerja yang setimpal dengan 1.5 pekerja di rangkaian peruncit yang lain. Malah, jika perlu, penggunaan tenaga elektrik juga dikurangkan dengan mengawal penggunaan pendingin hawa.
4. Mempunyai kuasa ke atas pembekal.
Kebanyak pembekal WALMART bergantung kepada WALMART untuk sebahagian daripada revenue mereka. Ini menyebabkan WALMART mempunyai kuasa untuk memaksa pembekal-pembekal mereka menurunkan harga atau berdepan risiko kemerosotan revenue. Oleh itu, pembekal-pembekal WALMART sentiasa berusaha untuk mengurangkan kos mereka dengan pelbagai cara yang mereka mampu - kecilkan kos operasi, optimumkan pengeluaran, pindahkan kilang ke negara-negara ketiga dan banyak lagi.
Keadaan ini mewujudkan pengenalan definisi WALMART EFFECT - kesan di mana kewujudan pesaing besar menurunkan inflasi setempat kerana bisnes-bisnes setempat terpaksa bersaing dengan pesaing besar dengan mengurangkan kos atau tutup kedai terus.
SISI GELAP WALMART.
WALMART sanggup buat apa sahaja untuk mengurangkan kos, membina customer base dan menghalau keluar pesaing-pesaingnya. Ini adalah punca kenapa WALMART mampu memonopoli industri peruncitan di US dan namanya digeruni oleh bisnes-besnes runcit setempat. Ini juga menyebabkan wujudkan banyak kes yang berkaitan dengan WALMART.
1. Pernah terlibat dengan skandal rasuah di Mexico supaya ia diberi kebenaran membuka lebih banyak gedung di sana.
2. WALMART anti kepada persatuan-persatuan pekerja sehingga sanggup buat apa sahaja utk mengelak persatuan-persatuan pekerja ditubuhkan di gedungnya. Pernah WALMART menutup salah satu gedungnya yang berjaya menubuhkan persatuan pekerja atas alasan model perniagaan gedung tersebut tidak sesuai dengan WALMART.
3. WALMART antara yang kuat melobi kenaikan gaji minimum kerana ini akan menambahkan kos kepada pesaing-pesaingnya yang lebih kecil, lalu menenggelamkan mereka.
4. Pernah menerima ancaman bom di salah satu gedungnya, lalu WALMART memaksa pekerja-pekerjanya menolong mencari bom bersama-sama dengan pihak polis.
5. WALMART menerima waktu sukar di India kerana kerajaan India mensyaratkan 30% barangan mesti diambil daripada pembekal-pembekal kecil.
KESIMPULAN.
WALMART adalah satu contoh bisnes yang mempunyai banyak saingan kerana entry barrier yang rendah tetapi masih mampu menewaskan semua pesaingnya dan seterusnya memonopoli industri. Keadaan seperti ini tidak mustahil.
Dalam anda mengenalpasti syarikat yang hebat utk dilabur, anda boleh melihat kepada ciri-ciri yang ditunjukkan oleh WALMART.
1. Lihat bagaimana pemiliknya yang mempunyai pengalaman serta formula yang terbukti dalam bidang yang diceburi.
2. Lihat kepada betapa agresifnya syarikat dengan cepat membina rangkaiannya tanpa membuang masa sedikit pun sehingga market share mereka tidak lagi mampu dinafi.
3. Lihat kepada bagaimana seriusnya sebuah syarikat itu untuk mengembangkan bisnesnya dengan sentiasa mementingkan tambahan value kpd pelanggan.
4. Lihat kepada bagaimana syarikat itu serius untuk terus membuat penambahbaikan demi penambahbaikan dengan mengoptimumkan seluruh prosesnya utk mengurangkan kos.
EmpayarSaham
No comments:
Post a Comment