Pengetahuan

[bigpost][bigposts]

saham

[saham][bsummary]

belajar

[belajar][twocolumns]
Powered by Blogger.

APA ITU VALUE SEBENARNYA DI DALAM PELABURAN SAHAM?

credit google

Punca kenapa ramai pelabur yang tak tahu sama ada mereka harus menjadi pelabur atau pedagang ialah kerana mereka keliru apa itu value bagi perkara yang mereka nak lakukan. Malah, jangan terkejut kalau ada yang tak tahu pun apa itu value, walaupun setiap hari kita bercakap pasalnya.

Maka, terlebih dahulu apa yang Admin ingin rungkaikan ialah - APA ITU VALUE?

Value ialah sesuatu yang memberikan tujuan kepada kita. Ia adalah sesuatu perkara yang mampu mendorong kita utk membuat sesuatu. Jika anda faham apa value yang anda cari daripada setiap perkara yang anda buat, anda akan lebih menghargai serta mempunyai lebih kawalan terhadap perkara yang anda buat.

Contohnya, kenapa anda ke sekolah? Kerana anda tahu MANFAATnya ialah ilmu utk menyiapkan anda kepada alam pekerjaan. MANFAAT itu mendorong anda, ia memberikan anda tujuan. Oleh itu, bayangkan jika anda tidak mempunyai MANFAAT yang menjadi satu tujuan, mahukah anda nak ke sekolah?

Contoh lagi, kenapa anda membesarkan anak anda? Kerana anda tahu KEPENTINGAN anak anda utk meneruskan generasi dan legasi anda. KEPENTINGAN itu mendorong anda, ia memberikan anda tujuan. Oleh itu, bayangkan jika anda tidak mempunyai KEPENTINGAN yang menjadi satu tujuan, buat apa anda perlu bersusah payah sebegini?

Dalam erti kata lain, MANFAAT dan KEPENTINGAN daripada sesuatu itulah VALUE yang kita cari daripada sesuatu itu sebenarnya!

Jika sesuatu itu memberikan lebih MANFAAT kepada anda, maka ia akan menjadi sangat bernilai kepada anda. VALUE nya akan menjadi tinggi di sisi anda. Jika sesuatu itu pula mempunyai lebih KEPENTINGAN kepada anda, maka ia juga akan menjadi sangat bernilai kepada anda. VALUE nya akan menjadi tinggi di sisi anda.

APA ITU VALUE BAGI INVESTOR DAN TRADER?

Di dalam dunia saham, secara umumnya, mereka yang terlibat boleh dibahagi kepada 2 golongan - investor atau trader.

Bagi investor, value ialah sejauh mana sesebuah bisnes itu memberikan manfaat kepada shareholder-shareholdernya. Manfaat boleh datang dalam 2 bentuk - equity growth dan dividend growth. Sekiranya sesuatu bisnes itu memberikan lebih besar equity growth ataupun dividend growth, lebih besarlah manfaatnya, maka lebih besar jugalah value nya di mata investor.

Bagi trader pula, value ialah sejauh mana sesuatu trade itu memberikan potensi untung kepadanya. Lebih tinggi potensi untung sesuatu trade itu, lebih tinggi manfaatnya kepada trader.

Namun, sama ada investor ataupun trader, value tetap sama - manfaat dan kepentingan sesuatu kepada mereka.

Cuma apa yang membezakan mereka ialah CARA MEREKA MELIHAT VALUE. Trader tidak melihat value cara yang sama dengan investor kerana mereka melihat value pada potensi untung yang dilihat pada pergerakan price, sedangkan investor melihat value pada equity growth dan dividend growth yang dilihat pada latar belakang sesuatu bisnes.

ANDA YANG MENENTUKAN SENDIRI VALUE YANG ANDA CARI.

Ini membawa kita kepada satu kesimpulan penting - yang memberikan value kepada sesuatu itu ialah ANDA SENDIRI! Untuk sesuatu itu mempunyai value kepada anda, terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti apakah manfaat dan kepentingannya kepada anda. Hanya bila anda dapat mengenalpasti, barulah value akan muncul.

Kerja makan gaji yang anda lakukan sekarang memberikan manfaat kepada anda kerana anda dapat pendapatan daripadanya. Namun, ada yang benci kerja makan gaji mereka sendiri kerana bagi mereka hanya itu sahaja manfaat yang mereka dapat. Jika itu apa yang mereka lihat, maka value kerja mereka hanya sekadar itu, dan sampai bila-bilalah mereka akan terus makan gaji.

Namun, bagi mereka yang melihat pada perspektif yang lain, mereka akan melihat kerja makan gaji bukan sekadar pendapatan bulan-bulan, bahkan kerja ini merupakan batu loncatan utk mereka mencapai kerjaya yang lebih hebat, maka mereka akan melihat peluang kerja makan gaji ini lebih bernilai - lebih tinggi value.

Begitu juga di dalam dunia saham, value sesuatu bisnes itu bergantung kepada cara seorang investor melihat. Bagi seorang investor, mungkin bisnes ini tidak begitu tinggi value kepadanya kerana mungkin dia melihat kepada manfaat equity growth. Namun, bagi investor lain, bisnes yang sama mempunyai value yang lebih tinggi kerana mungkin dia melihat kepada manfaat dividend growth.

Begitu juga dengan trader, semuanya bergantung kepada cara mereka melihat potensi profit. Ada sesetengah trader melihat potensi untung berdasarkan strategi buy on breakout. Namun, potensi yang sama, tidak mempunyai value yang sama bagi trader yang melihat potensi untung berdasarkan strategi buy on dip.

Kesimpulannya, value bergantung kepada cara anda melihat.

KENAPA SUKAR UTK MENILAI VALUE SESUATU STOCK SAHAM?

Terdapat pelbagai cara utk menilai value sesuatu stock - P/E ratio, P/B ratio, PEG ratio, net-net ratio,... selain itu, jika anda mempunyai maklumat ttg earning visibility sesuatu stock, terdapat lagi pelbagai teknik tambahan utk menilai value sesuatu stock - discounted cash flow, constant growth dividend, Gordon growth dividend, 2-stage discounted dividend growth, present value of operating cash flow, present value of free cash flow... banyak lagi.

Pening dah nak guna yang mana satu.

Kepelbagaian teknik dan model yang boleh digunakan dalam pengiraan value stock itu sahaja sudah menjadi sebab kenapa kita tidak pernah dapat bersetuju dengan satu nilai yang sama. Setiap orang mempunyai kecenderungan teknik atau model pengiraan mana yang mereka mahu gunakan. Dan kecenderungan itu muncul kerana setiap orang mempunyai cara tersendiri utk melihat value.

Lihat sahaja bagaimana brokerage house mengeluarkan fair value masing-masing. Utk satu stock, fair value yang dikeluarkan oleh brokerage house berbeza-beza kerana setiap mereka menggunakan teknik dan model yang berlainan.

Oleh itu, dalam mengira value, tidak akan ada sesiapa yang betul atau salah. Pengiraan value bagi seseorang itu sebenarnya terhad utk dirinya sendiri dan value yang sama mungkin tidak sesuai bagi orang lain. Jika ada sesiapa yang mengatakan value anda salah, walaupun setelah anda mengkaji mengikut kecenderungan anda sendiri, maka sesungguhnya, mereka itu yang salah. Dari itu, Admin mengelak utk bersikap rigid dan mengaku Admin betul dan orang lain salah dalam pengiraan value ini kerana setiap manusia dijadikan mempunyai cara tersendiri.

Bagi analisis teknikal pula, menilai value sesuatu trade adalah jauh lebih mudah kerana semuanya hanya berkisar ttg price dan volume sahaja. Namun, sekali lagi ia kembali bergantung kepada cara setiap trader melihat value.

Sebagai contoh, ketika melihat resistance, adakalanya resistance yang dilihat seorang trader tidak sama dengan resistance yang dilihat trader lain. Ini bergantung kepada cara dia melihat kedudukan resistance yang berdasarkan kepada pengalaman seseorang, timeframe yang digunakan serta bentuk candle serta chart dan teknik yang digunakan masing-masing. Begitu juga support, upside, downside, operator movement - cara melihatnya semua bergantung kepada setiap individu.

BAGAIMANA NAK MELIHAT VALUE YANG PALING SESUAI DENGAN PROFIL SENDIRI?

Investing dan trading tidak seharusnya terlalu rumit sehingga anda takut nak melabur. Walaupun Admin menyenaraikan banyak teknik dan model utk menilai value, JANGAN TAKUT, anda tak perlu mahir semua.

1. Jika anda tidak mempunyai earning visibility, anda boleh gunakan parameter-paremeter berikut untuk menilai value - P/E ratio, P/B ratio, PEG ratio, net-net ratio.

2. Jika stock anda tidak heavy dengan asset, P/E ratio dan PEG ratio lebih sesuai digunakan.

3. Jika stock anda heavy dengan asset, P/B ratio dan net-net ratio sebaliknya lebih sesuai digunakan.

4. Namun, walau apa sekalipun, pilih satu cara sahaja dan kekal gunakan parameter yang sama dan jangan campuradukkan.

5. Jika anda mempunyai earning visibility, anda boleh gunakan model2 berikut utk menilai value - discounted cash flow, constant growth dividend, Gordon growth dividend, 2-stage discounted dividend growth, present value of operating cash flow, present value of free cash flow...

6. Jika earning visibility anda ialah dalam bentuk cashflow, discounted cash flow, present value of operating cash flow, present value of free cash flow... lebih sesuai digunakan.

7. Jika earning visibility anda ialah dalam bentuk dividen, constant growth dividend, Gordon growth dividend, 2-stage discounted dividend growth... lebih sesuai digunakan.

8. Anda juga boleh gabungkan cashflow model dengan dividen model jika anda mempunyai earning visibility utk kedua-dua cashflow dan dividen.

9. Namun, walau apa sekalipun, pilih satu cara sahaja dan kekal gunakan cara pengiraan yang sama dan jangan campuradukkan.

10. Dalam trade juga sama, support dan resistance anda ialah untuk anda, jangan ubah-ubah mengikut pendapat orang lain.

11. Jika anda gunakan indicator utk menentukan support dan resistance, kekalkan cara yang sama juga sepanjang trade anda.

12. Begitu juga teknik-teknik yang anda gunakan utk entry, take profit dan cutloss, jangan ikut-ikut orang dan sentiasa kekal dengan trading plan anda sendiri.

13. Tiada masalah jika anda ambil pendapat orang lain JIKA ANDA MASIH BELAJAR. Namun, jika anda sudah mempunyai cara dan pendapat tersendiri, kuatkan tekad kepada cara anda sendiri dan abaikan pendapat orang lain yang mengatakan anda salah.

*Kartun di atas menunjukkan apabila anda tahu value yang anda cari, anda boleh mendapat lebih kawalan, termasuklah membuat tawar-menawar terutamanya ketika keadaan menyebelahi anda.

Empayar Saham

No comments:

Post a Comment