Pengetahuan

[bigpost][bigposts]

saham

[saham][bsummary]

belajar

[belajar][twocolumns]
Powered by Blogger.

APA ITU BALANCE SHEET?


Mudah sahaja sebenarnya. Balance sheet ialah financial statement yang menunjukkan kedudukan kewangan syarikat pada suatu masa (snapshot of financial company at a point of time).

Ia menunjukkan apa yang dimiliki syarikat, bahagian milik syarikat yang dituntut dari hutang dan bahagian milik syarikat dituntut dari shareholder, Balance sheet terbahagi kepada 3 bahagian.
1. Asset - apa yang syarikat miliki. 2. Liability - apa yang dituntut hutang. 3. Equity - apa yang dituntut shareholder.

ASSET. Aset kebiasaannya disenaraikan mengikut tahap kecairannya. Ia juga dibahagikan kepada 2 bahagian. i. Non-current asset. ii. Current asset.

i.Non-current asset ialah asset yang dijangka tidak boleh dicairkan dalam masa setahun. Antara yang tergolong sebagai non-current asset ialah

a. Fixed asset.
b. Long term investment. c. Intangible asset.

Current asset pula ialah asset yang dijangka boleh dicairkan dalam masa setahun. Antara yang tergolong sebagai current asset ialah a. Cash & cash equivalent. b. Account receivables. c. Inventory. d. Prepaid expenses. e. Short term investment.

LIABILITY. Sama seperti asset, liablity juga terbahagi kepada 2 bahagian. i. Non-current liability. ii. Current liability.

Non-current liability ialah liability yang due nya lebih dari setahun. Antara yang tergolong sebagai non-current liability ialah a. Long term debt. b. Deferred tax liability.

Current liability pula ialah liability yang due nya dalam masa setahun. Antara yang tergolong sebagai current liability ialah a. Trade payables. b. Short term borrowings. c. Customer prepayments. d. Dividend payables.

EQUITY. Di bahagian ini disenaraikan bahagian yang berkaitan dgn shareholder. 1. Share capital. 2. Retained earning. 3. Treasury reserve. Asset setiap syarikat dijana atau disumbangkan oleh antara 2 cara ini. 1. Debt financing. 2. Equity financing.

Debt financing bermaksud syarikat mendapat capital utk menjana asset dgn cara membuat pinjaman. Equity financing pula bermaksud syarikat mendapat capital utk menjana asset dgn cara menawarkan sahamnya kepada public.

Oleh itu, hubungan asset, liability dan equity boleh ditulis melalui persamaan matematik di bawah.


ASSET = LIABILITY + EQUITY Persamaan matematik ini merupakan asas kepada balance sheet. Jika anda lihat pada mana2 balance sheet syarikat, di hujung balance sheet pasti akan mematuhi persamaan matematik ini.

Walau bagaimana pun, balance sheet tidak berguna kepada anda jika anda tak faham dari mana dan bagaimana nombor-nombor di dalam balance sheet ini datang.

Di bawah ini, Admin ada sediakan contoh kes bagaimana dan dari mana nombor-nombor di dalam balance sheet dtg dan bagaimana kesemua nombor-nombor ini akhirnya memenuhi persamaan matematik balance sheet.

CONTOH KES - EMPAYAR SAHAM BHD. Empayar Saham Berhad memulakan perniagaan dgn mendapat capital daripada shareholder sebanyak RM1,400,000 Share capital = RM1,400,000 Cash = RM1,400,000

Dengan capital ni, Empayar Saham Berhad membelanjakan utk berikut. Inventory = RM100,000 Equipment = RM400,000 Building = RM600,000 Cash = RM300,000 = RM1,400,000 - RM100,000 - RM400,000 - RM600,000

Kemudian, Empayar Saham Berhad beli pula furniture berjumlah RM250,000 secara kredit. Maka, Furniture = RM250,000 Payables = RM250,000 Seterusnya, dengan menggunakan cash dalam bank, Empayar Saham Berhad melangsai payables tadi sebanyak RM100,000.

Maka, Cash = RM200,000 = RM300,000 - RM100,000 Payables = RM150,000 = RM250,000 - RM100,000 Empayar Saham Berhad berjaya membuat sale dgn menjual produk dari inventorinya yang bernilai RM20,000 pada jumlah RM32,000 kepada client yang membeli secara kredit.

Inventory = RM80,000 = RM100,000 - RM20,000 Receivable = RM32,000 Retained profit = RM12,000 = RM32,000 - RM20,000 Akhirnya, client melangsaikan sebahagian pembelian kreditnya kepada Empayar Saham Berhad sebanyak RM16,000.

Receivable = RM16,000 = RM32,000 - RM16,000 Cash = RM216,000 = RM200,000 + RM16,000 Bagaimana rupa balance sheet Empayar Saham Berhad akhirnya?

Sila rujuk pada gambar. Anda boleh lihat bahawa jumlah asset seimbang dgn jumlah liability dan equity, menunjukkan persamaan matematik balance sheet dipenuhi.

EmpayarSaham

No comments:

Post a Comment