BERAPA PULANGAN YANG HARUS ANDA CAPAI UNTUK MENJADI JUTAWAN INVESTOR?
Sebelum ni Admin ada share cara untuk membina kekayaan ialah dengan menggunakan kuasa compounding kerana kuasa compounding menyebabkan hasil pelaburan kita menjadi berlipat ganda dengan pantas akibat dari nilai yang menghasilkan lebih banyak nilai.
Investing ialah salah satu cara yang anda boleh menggunakan kuasa compounding untuk mengembangkan modal anda dengan pantas.
Boleh rujuk link di bawah ini untuk tahu cerita asal.
Namun, persoalan yang timbul selepas itu ialah berapa pula target compounded annual growth rate yang anda perlu capai untuk menjayakan cita-cita anda menjadi jutawan?
Mari kita semak bagaimana prestasi pelabur-pelabur yang paling popular dunia.
1. Bill Gates.
Beliau merupakan pengasas Microsoft dan menjadi jutawan sebaik sahaja Microsoft melancarkan IPO nya pada 1986. Sehingga hari ni beliau masih memegang saham Microsoft walaupun kini pegangan beliau telah berkurang kepada 4% sahaja.
Tahukah anda berapakah compounded annual growth rate yang Bill Gates capai selama ini? Jawapannya ialah growth rate sebanyak 24% setahun sahaja !! Tak banyak pun.
2. Warren Buffet.
Beliau memiliki Berkshire Hathaway sejak 1965 dan pulangan pelaburan Berkshire Hathaway sentiasa jauh mengatasi indeks S&P 500. Beliau terkenal sbg seorang value investor yang sabar menanti pelaburannya.
Tahukah anda berapakah compounded annual growth rate yang Warren Buffet capai selama ini? Jawapannya ialah growth rate sebanyak 19.7% setahun sahaja !! Macam ni punya pulangan pun masih boleh jadi bilionwan ke?
3. George Soros.
Kita mengenali George Soros apabila beliau menyerang mata wang Asia termasuk Ringgit Malaysia sehingga menyebabkan Malaysia berhadapan dengan krisis kewangan Asia yang teruk pada tahun 1998. Masa tu, MARA dan JPA membekukan penghantaran pelajar2 ke luar negara. Admin antara pelajar2 yang terlepas peluang.
Namun, George Soros sebenarnya seorang hedge fund manager yang hebat. Pada tahun 1968, beliau telah berpakat dengan Jim Rogers untuk membentuk syarikat pelaburan yang bernama Quantum Fund. Dan syarikat pelaburan ini sentiasa berjaya mengatasi market secara konsisten.
Tahukah anda berapakah compounded annual growth rate yang George Soros capai selama ini? Jawapannya ialah growth rate sebanyak 20% setahun sahaja !! Ini macam punya pulangan, semua orang boleh buat.
Nampak kan?
Mereka menjadi bilionwan kerana selama ini mereka mengekalkan compounded annual growth rate yang sederhana tetapi konsisten tiap2 tahun sebanyak lebih kurang 20% SAHAJA.
Atau, kira2 1.7% pulangan sahaja sebulan!
Kalau mereka boleh buat, kenapa kita tak boleh buat? Padahal, ada di kalangan kita, sekali trade sahaja sudah capai 20% - tak perlu tunggu setahun.
Persoalannya, kenapa tiada di kalangan kita yang menjadi jutawan investor?
Jawapannya ialah kerana mereka konsisten. Pada masa sama, anda nampak x perkataan "compounded" di dalam frasa compounded annual growth rate? Ia bermaksud mereka laburkan semula keuntungan yang mereka dapat untuk mendapatkan kesan berlipat ganda.
Admin juga ada share dalam post yang lepas, mereka berjaya mencapai pulangan yang konsisten kerana
1. Mereka invest pada perkara yang mereka faham.
2. Mereka invest pada perkara yang mudah ramal.
3. Mereka invest pada perkara yang mudah bertumbuh.
Kemudian mereka biarkan kuasa compounding buat kerja dan mereka hanya memantau sekali-sekala.
Untuk mendapatkan annual growth rate 20%, senang ke atau susah?
Admin rephrase... untuk mendapatkan pulangan sebulan 1.7%, senang ke atau susah?
Jadi, mulalah invest dari sekarang.
Katakan anda sudah berumur 35 tahun dan anda mahu bersara pada umur 60 tahun dengan mempunyai capital berjumlah RM1 juta dan skrg anda hanya ada RM20,000. Berapakah compounded annual growth rate yang anda mesti capai?
Compounded annual growth rate
= [(1,000,000/20,000)^(1/25) - 1] x 100%
= 16.9% SAHAJA!
= [(1,000,000/20,000)^(1/25) - 1] x 100%
= 16.9% SAHAJA!
Lebih rendah dari pulangan yang dihasilkan oleh jutawan2 investor dunia!
Apa pula akan jadi jika anda berjaya mencapai pulangan konsisten seperti jutawan2 investor dunia iaitu 20%?
Jawapannya ialah
= 20,000 x (1+0.25)^25
= RM5.29 juta!!!
Apabila menjelang umur anda 60 tahun, anda bukan sahaja menjadi jutawan, malah segala hutang kereta, rumah, pendidikan selesai dan anda masih ada baki untuk menikmati hidup dengan selesa dan beribadah dengan lebih tekun.
Dengan syarat!...
Anda mulakan langkah anda sekarang, jangan lagi berdolak dalih dan serius dalam investing untuk mencapai pulangan 20% setahun.
Anda BOLEH! Kita semua BOLEH!
EmpayarSaham
No comments:
Post a Comment