KUASA COMPOUNDING - BAGAIMANA CARA MEMBINA KEKAYAAN?
credit google |
Apa yang membezakan di antara orang kaya dan orang miskin?
Orang kaya dan orang miskin hanya berbeza satu perkara sahaja - ATTITUDE. Namun, perbezaan yang satu inilah yang memberikan kesan yang besar terhadap pendapatan yang mereka perolehi.
Hakikatnya, bukan sukar untuk menjadi seorang yang kaya - anda hanya perlu buat perkara yang betul dan ulangi perkara yang betul itu setiap kali. Bunyinya mudah, tapi sukar dilaksanakan, betul? Sama ada betul atau salah, jawapannya sekali lagi bergantung kepada attitude anda.
Apakah sebenarnya attitude orang kaya?
Orang kaya tidak berbelanja dengan sesuka hati, malah mereka berjimat cermat dan memastikan mereka menyimpan sebahagian pendapatan mereka sebelum mereka belanjakan bakinya.
Orang kaya yakin dengan apa yang mereka lakukan kerana mereka faham dan nampak jelas apa yang mereka usahakan. Wang yang mereka simpan mereka gunakan untuk menghasilkan lebih nilai. Mereka kemudian mengulangi semula proses yang sama yang mereka lakukan sblm itu. Setiap masa mereka diisi untuk menghasilkan nilai dan nilai.
Orang kaya juga sabar menunggu hasil dan tidak menikmati hasilnya lebih awal. Nak jadi kaya? Amalkan apa yang orang kaya amalkan.
Rahsia kekayaan? Kuasa compounding.
Apabila pendapatan yang disimpan menghasilkan nilai dan nilai itu pula digunakan untuk menghasilkan lebih banyak nilai dan diulang-ulang untuk menghasilkan lebih banyak dan lebih banyak nilai, hasilnya akan menjadi berlipat kali ganda - exponential. Begitulah bagaimana kekayaan dihasilkan - iaitu nilai menghasilkan nilai yang menghasilkan lebih banyak nilai. Semakin banyak nilai menghasilkan nilai, semakin berlipat ganda hasil yang diperolehi.
Proses inilah yang dikenali sebagai kuasa compounding. Dan inilah yang menyebabkan perbezaan yang satu menghasilkan kesan yang sangat besar di antara pendapatan orang kaya dan orang miskin.
Albert Einstein sendiri ialah antara saintis tersohor yang mengakui kelebihan kuasa compounding. Beliau pernah mengeluarkan pernyataan bahawa kuasa compounding ialah kuasa yang paling kuat di alam semesta. Yang membuatkan kuasa compounding menjadi kuat ialah kerana kesannya yang menjadikan sesuatu nilai berkembang secara exponential - nilai menghasilkan lebih banyak nilai.
Oleh itu, jika seorang kaya menggunakan kuasa compounding untuk mencipta kekayaan, ia boleh digambarkan di dalam persamaan di bawah
Kekayaan = simpanan x (1 + kadar nilai)^(jumlah proses diulang)
Salah satu cara untuk menghasilkan kekayaan dengan kuasa compounding ialah melalui investing.
Investing ialah apabila anda melaburkan wang yang anda simpan di dalam satu pelaburan yang menghasilkan kadar keuntungan tahunan tertentu dan keuntungan tersebut dilaburkan kembali pada setiap selang tahun tertentu, ia akan berkembang secara exponential menyebabkan wang yang anda laburkan tadi menjadi berlipat kali ganda.
Katakan anda mempunyai simpanan RM10,000 dan kekayaan bagi anda ialah apabila anda mempunyai RM1 juta. Kemudian kadar keuntungan pula ialah 10%, maka
RM1,000,000 = RM10,000 x (1 + 0.1)^(selang tahun)
Selang tahun = 49 --- Anda perlukan 49 tahun untuk menumbuhkan RM10,000 menjadi RM1 juta.
Katakan anda mempunyai simpanan RM10,000 dan kekayaan bagi anda ialah apabila anda mempunyai RM1 juta. Kemudian kadar keuntungan pula ialah 20%, maka
RM1,000,000 = RM10,000 x (1 + 0.2)^(selang tahun)
Selang tahun = 26 --- Anda perlukan 26 tahun untuk menumbuhkan RM10,000 menjadi RM1 juta.
Katakan anda mempunyai simpanan RM10,000 dan kekayaan bagi anda ialah apabila anda mempunyai RM1 juta. Kemudian kadar keuntungan pula ialah 30%, maka
RM1,000,000 = RM10,000 x (1 + 0.3)^(selang tahun)
Selang tahun = 18 --- Anda perlukan 18 tahun untuk menumbuhkan RM10,000 menjadi RM1 juta.
Katakan anda ulang semula proses yang sama untuk simpanan RM50,000 dan RM100,000, hasilnya boleh disimpulkan seperti di bawah
Simpanan = RM10,000
Tahun mencapai kekayaan
= 49 tahun @10% kadar keuntungan= 26 tahun @20% kadar keuntungan
= 18 tahun @30% kadar keuntungan
= 32 tahun @10% kadar keuntungan
= 17 tahun @20% kadar keuntungan
= 12 tahun @30% kadar keuntungan
= 25 tahun @10% kadar keuntungan
= 13 tahun @20% kadar keuntungan
= 9 tahun @30% kadar keuntungan
= 7.2 tahun @10% kadar keuntungan
= 3.6 tahun @20% kadar keuntungan
= 2.4 tahun @30% kadar keuntungan
1. Pastikan investing anda mudah difahami.
2. Pastikan investing anda mudah diramal.
3. Pastikan investing anda mudah berkembang.
EmpayarSaham
Simpanan = RM50,000
Tahun mencapai kekayaan
Simpanan = RM100,000
Tahun mencapai kekayaan
Apakah kesimpulan yang boleh didapati di sini?
1. Semakin banyak simpanan anda yang dilaburkan, kuasa compounding menyebabkan semakin pantas anda menjadi kaya.
2. Semakin tinggi kadar keuntungan investing anda, kuasa compounding menyebabkan semakin pantas anda menjadi kaya.
3. Kuasa compounding menyebabkan perbezaan tahun mencapai kekayaan yang sangat ketara bagi jumlah simpanan dan kadar keuntungan yang berlainan akibat dari pertumbuhan yang bersifat exponential.
Kuasa compounding juga boleh dilihat pada Rule 72. Apa itu Rule 72?
Rule 72 bermaksud tempoh untuk meningkatkan simpanan anda sehingga menjadi 2x ganda ialah sama dengan apabila anda membahagikan 72 dengan kadar keuntungan anda.
Tempoh simpanan menjadi 2x ganda = 72 / kadar keuntungan
Dengan menggunakan rule ini, anda akan dapati semakin tinggi kadar keuntungan, kepantasan tempoh simpanan menjadi 2x ganda adalah exponential - kuasa compounding.
Tempoh simpanan menjadi 2x ganda
Namun, untuk mengaplikasikan kuasa compounding ini, anda perlu pastikan kadar keuntungan anda stabil. Jika kadar keuntungan anda tidak stabil, ia akan merosakkan kuasa compounding dan cita2 anda untuk menjadi kaya mungkin memerlukan masa yang lebih lama, atau paling teruk, anda tak kaya2 langsung.
Oleh itu, untuk memastikan kadar keuntungan anda stabil, petuanya ialah
Kemudian biarkan kuasa compounding buat kerja.
Mudah sahaja nak jadi kaya, bukan?
No comments:
Post a Comment