DOSA-DOSA BESAR DI DALAM BURSA MALAYSIA.
Credit: google |
Ramai di antara anda yang mungkin tahu sedikit sebanyak ttg kesalahan-kesalahan yang anda tak boleh buat jika anda berdagang di Bursa Malaysia. Tetapi, tak ramai di antara anda yang tahu hak-hak anda sebagai seorang pelabur.
Terdapat 3 sebab kenapa pelabur-pelabur Malaysia tak tahu hak-hak mereka.
1. Ignorance - mmg sebab malas nak ambil tahu dan malas membaca. 2. Complacent - sikap tak apa. 3. Awareness - kurang kesedaran.
Disebabkan sikap-sikap ini, mereka yang mengambil kesempatan atas anda menjadi semakin berani kerana tahu tiada siapa yang akan mempersoalkan dosa-dosa besar yang telah mereka buat. Sedangkan kita patut lebih sedar dan menuntut hak-hak kita... biar mereka-mereka ni diajar langit tinggi dan rendah.
Utk sharing ini, Admin akan kongsikan kepada anda antara dosa-dosa besar di Bursa Malaysia dan apakah hak-hak anda yang sebenarnya sebagai seorang pelabur.
Mungkin sharing Admin kali ini sedikit membosankan kerana ia melibatkan aspek teknikal market,tetapi ketahuilah pujian dan like bukan keutamaan Admin dan page Empayar Saham,kerana kalau sharing-sharing popular yg anda kejar, bnyk group saham serta page-page yg menawarkan sharing-sharing popular...
Sebaliknya, di page Empayar Saham, kesedaran melabur itulah yang Admin tekankan.
APAKAH DOSA-DOSA BESAR DI DALAM BURSA MALAYSIA?
1. Dosa besar pertama - FALSE TRADING & MARKET RIGGING.
Stock market manipulation ialah membuat transaksi yg boleh menyebabkan perubahan pada pergerakan price sama ada menaikkan, menurunkan, mengikat,menghentikan sehingga mampu mempengaruhi orang lain untuk membeli atau membuang saham.
False trading ialah trade yg menunjukkan berlaku pertukaran tangan tetapi tidak berlaku pertukaran kepentingan. Contoh lagi mudah ialah anda jual saham yg mana pembelinya ialah anda sendiri. Atau anda berpakat dengan satu pihak lain yang mana anda jual kepadanya hanya supaya dia jual kembali kepada anda - mcm main pass-pass bola. Pertukaran tangan mmg berlaku, tetapi pertukaran kepentingan tidak.
Market rigging ialah cubaan utk mewujudkan keadaan palsu di dalam market seolah-olah sesuatu stock itu sedang aktif didagang atau seolah-olah price nak bergerak, tetapi apa yang sebenarnya sedang berlaku ialah mereka yang di dalam sedang buat false trading - pass-pass saham antara mereka.
CMSA seksyen 175 (1) melarang seseorang terlibat di dalam cubaan mewujudkan keadaan palsu di dalam market.
CMSA seksyen 175 (2) melarang seseorang itu terlibat di dalam trade yang tidak melibatkan pertukaran kepentingan atau trade yang bersifat palsu.
CMSA seksyen 175 (3) menyatakan seseorang itu terlibat di dalam cubaan mewujudkan keadaan palsu di dalam market jika dia terlibat di dalam false trading.
2. Dosa besar kedua - STOCK MARKET MANIPULATION.
Stock market manipulation ialah membuat transaksi yg boleh menyebabkan perubahan pada pergerakan price sama ada menaikkan, menurunkan, mengikat,menghentikan sehingga mampu mempengaruhi orang lain untuk membeli atau membuang saham.
Pump and dump seperti yang anda kenali sebenarnya tergolong dalam dosa besar stock market manipulation.
CMSA seksyen 176 (1) melarang seseorang untuk terlibat di dalam transaksi yang boleh memanipulasi stock market.
3. Dosa besar ketiga - FALSE OR MISLEADING STATEMENTS IN RELATION TO SECURITIES.
False or misleading statements ialah membuat pengumuman atau pun menyebarkan maklumat yg bersifat material sehingga mampu mempengaruhi orang lain untuk menjual atau...
membeli saham atau mampu mempengaruhi pergerakan price, sedangkan ia sebenarnya TIDAK BENAR ATAU MENGELIRUKAN. Dan orang yang membuat pengumuman atau menyebarkan maklumat ini pula tidak punya rasa tanggungjawab untuk memeriksa sama ada pengumuman yang mahu dibuat atau maklumat yang mahu disebar betul atau tidak.
4. Dosa besar keempat - FRAUDULENTLY INDUCING PERSONS TO DEAL IN SECURITIES.
Inducing persons fraudulently ialah mempengaruhi tindak-tanduk orang lain di dalam stock market dengan cara 4.1. Membuat statement atau analisis yang tidak tepat. 4.2. Menyorokkan maklumat.
4.3. Terburu2 atau tidak jujur di dalam mendedahkan maklumat. 4.4. Sengaja merekod maklumat yang secara sengaja diketahui tidak tepat. Dosa besar ini ada dinyatakan di dalam CMSA seksyen 178.
5. Dosa besar kelima - INSIDER TRADING
Insider trading ialah apabila seseorang yang trade menggunakan maklumat yang bersifat material sedangkan dia mempunyai keistimewaan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. Insider trading tidak dibenarkan kerana ia tidak adil kepada orang lain yang tidak mempunyai keistimewaan yang sama dan menghilangkan keyakinan pelabur-pelabur kepada integriti Bursa Malaysia.
6. Dosa besar keenam - DISSEMINATE INFORMATION ABOUT ILLEGAL TRANSACTION.
Jika terdapat sebarang salah laku seperti dosa-dosa besar di atas, seseorang itu tidak dibenarkan menyebarkan maklumat ttg salah laku ini kerana ia mampu mempengaruhi pergerakan saham di dalam market.
Dosa besar ini ada dinyatakan di dalam CMSA seksyen 181.
HUKUMAN KE ATAS DOSA-DOSA BESAR.
Bagi sesiapa yang melakukan dosa-dosa besar ini, hukuman yang menanti ialah denda RM 1 juta & penjara 10 tahun - CMSA seksyen 182 & CMSA seksyen 188(1).
HAK-HAK ANDA SEBAGAI PELABUR DI BURSA MALAYSIA.
1. Jika anda mengalami kerugian disebabkan seseorang telah membuat dosa-dosa besar di atas, anda atau Securities Commision boleh membawa kes ini ke mahkamah - CMSA seksyen 199.
2. Jika anda tidak memulakan tindakan mahkamah pun, Securities Commision sendiri boleh memukakan tindakan mahkamah tanpa perlu menunggu anda - CMSA seksyen 200.
No comments:
Post a Comment