Semua orang mahukan duit dalam saham, apa yang perlu dilakukan sebelum market buka
Jika kita setiap hari menghabiskan masa membeli saham dan
menjualnya dengan kerugian tanpa mempersoalkan mengapa?, maka detik-detik kita
akan lesap seakan-akan membeli bahan mentah di pasaran tanpa mengetahui apa
akan dimasak. Sebelum kita mengetahuinya, bahan mentah kita sudahpun luput dan
harganya sudah melambung naik. Pada saat itu kita akan terpinga-pinga kemanakah
perginya masa hidup kita.
Pikir semula dan cari jalan penyelesaian
Pada saat ini saya akan memberi pencerahan tentang apa yang patut dilakukan sebelum membeli saham, mungin ia akan menandingi minda kita secara tidak sedar.
Malangnya, apabila kita sering mendengar kebanyakan traders masih lagi tertanya-tanya "mengapa saya beli kemudian jatuh" "saya jual je,ia terus naik" "dan sebagainya". Mereka adalah dalam keadaan yang survival mode (perasaan tercari-cari). Adakah anda dalam keadaan survival mode?
Oleh itu, dengan tersenarainya rutin ini, ia akan membantu kita dengan cepat untuk memahami. Jelas sekali ia akan menjadi senarai yang panjang. Namun, jika dilakukan setiap kali sebelum membeli saham, ia sememangnya mudah :
- Lakukan
selidik
- Baca
news
- Buat
persediaan
- Dapatkan
ilham
- Lakukan
apa yang diimpikan
jom
1.
Dapatkan maklumat selepas tutup bursa saham
Bursa malaysia buka pada jam 8.30 - 9.00 pagi untuk
pra-pembukaan dan tutup pada jam 5.00 petang. Melakukan study selepas Bursa
Malaysia tutup adalah sangat penting.
Ramai dari kalangan traders tidak mendapatkan input yang
secukupnya tentang counter yang dibeli, sama seakan-akan berjudi. Selain itu,
mendapatkan maklumat yang secukupnya membantu kita dengan :
- Menjangka
counter yang akan terbang
- Mengetahui
segala isu-isu ekonomi dalam dan luar negara
- Membantu
traders yang baru
Persoalannya sekarang, maklumat apa yang wajib dipertingkatkan
untuk membantu kita melihat dengan lebih jauh?. Setiap counte dipasaran Bursa
Saham Malaysia memiliki :
- Fundamental
Analysis (FA)
- Technical
Analysis (TA)
- Ticker
Chart Analysis (TKA)
- Teknik-teknik
signal
- Berita-berita
yang baik counter
2. Berita-berita
Selepas dari mendapatkan maklumat yang padat, berita yang perlu
dicakna adalah ekonomi Micro dan Macro. Tidak semestinya dengan kita yang
menjangkakannya, namun ramai dari kalangan remisier akan memceritakan apa yang
bakal berlaku.
Apa itu Micro? ia adalah berita yang sedang berlaku atau mungkin
berlaku didalam negara disebabkan berita-berita dari luar negara yang
mempengaruhi index saham malaysia. Apa itu Macro? ia adalah berita yang sedang
berlaku atau bakal berlaku diluar negara tentang Currency, Harga
Minyak, Index Saham, Politik di Amerika,China, British,
Jepun, Hongkong, Singapura.
Tambahan pula, kita boleh menyemak sendiri berita-berita ini di
yahoo.com, investing.com, stockhunter, klsescreener, theedge market sama ada di
web atau di apps smartphone.
3. Sembahyang / solat (prayer)
Bersolat atau bersembahyang adalah salah satu cara untuk kita
merendahkan diri kita dan berterima kasih kepada tuhan (Allah) kerana memberi
kita setiap hari pengajaran dan pembelajaran sama ada sedar
atau tidak sedar.
Syukur adalah tanda
berterima kasihnya kita keatas apa yang sudah dimiliki. Doa adalah apa yang
kita bakal inginkan, Dunia adalah tempat Menggali hasil. Apabila digabungkan
ketiga-tiga ini ( Doa, Syukur, Dunia) ia akan membuatkan hasil yang lumayan,
ketenangan atau kedua-duanya sekali. Sering kali,terdapat peluang tanpa had dan
kemungkinan untuk kita.
Titik noktah ke3 ini ditambah bagi membantu kita mengawal
emosi. Kebanyakan traders seringkali mempunyai melalui perasaan
tamak, ego, terburu-buru, marah, takut sama ada semasa dan selepas. Tanpa
disedari, diri kita hilang kawalan emosi.
Sebagaimana yang perkatakan oleh ramai traders yang hebat
"Penguasaan emosi jauh lebih penting dari kita menguasai technical analysis"
Kesimpulan
Jika tidak bersedia
dengan ilmu dan maklumat yang cukup jangan sesekali cuba untuk meletakkan diri
dalam lubang jerat counter saham, simpat duit dahulu sebelum duit terbang melayang.. Ambil
masa membeli dan menjual saham secara simulasi selama beberapa bulan.
Buat back testing saham-saham yang anda beli itu untuk melihat
apakah kesilapan yang perlu diperbaiki. Selepas mendapat teknik dan strategi
yang sesuai dengan diri anda jadi anda telah siap sedia untuk memulakan
pelaburan di Bursa Malaysia.
Ingatlah pelaburan saham ini bukanlah mudah
dan ia mengambil masa untuk difahami dan dipelajari sebelum anda boleh menjana
keuntungan darinya secara konsisten.
[full_wide]
copypaste dari : mergma.blogger.com
untuk
bacaan lebih lanjut tentang saham boleh baca :
No comments:
Post a Comment