Pengetahuan

[bigpost][bigposts]

saham

[saham][bsummary]

belajar

[belajar][twocolumns]
Powered by Blogger.

SEJARAH KEMUNCULAN CANDLESTICK CHARTING.



Pada zaman dulu, Jepun terbahagi kepada daerah-daerah kecil yang ditadbir oleh bangsawan yang digelar daimyo. Disebabkan daerah-daerah kecil ini sentiasa berebut tanah untuk penanaman padi, maka sering berlaku peperangan di antara daimyo.

Beras merupakan komoditi paling utama di Jepun. Pertelingkahan di antara daimyo ni menyebabkan bekalan beras sering keputusan. Oleh itu, seorang panglima dari Edo akhirnya berjaya menundukkan para daimyo dalam satu peperangan yang dinamakan Peperangan Sekigahara pada tahun 1600.

Panglima ini ialah Tokugawa Ieyasu. Dan kejayaan ini membawa kepada penyatuan Jepun.

Tokugawa Ieyasu memerintahkan semua daimyo bersama keluarga masing-masing tinggal di Edo. Tujuan Tokugawa Ieyasu ialah supaya dia dapat mengawal semua daimyo dalam satu tempat.

Dengan itu, para daimyo ini terpaksa mentadbir daerah mereka dari Edo. Memandangkan beras yang telah siap ditampi tak boleh dibawa serta merta ke Edo, maka para daimyo ini pun membina warehouse untuk menyimpan beras untuk sementara.

Di Edo, daimyo-daimyo ini sering bersaing mendapatkan prestij dengan menunjukkan kekayaan masing-masing. Kekayaan tu pula disumbangkan melalui perdagangan beras di warehouse masing-masing. Nafsu menunjuk-nunjuk mereka menjadi begitu besar sehingga bekalan beras dah habis pun mereka masih mahu meneruskan berdagang beras.

Sbg ganti kepada dagangan beras yang belum wujud, para daimyo mula mencipta resit untuk beras "masa hadapan". Tujuan resit itu ialah utk mengesahkan hak pedagang-pedang beras terhadap bekalan beras apabila ia dihasilkan pada "masa hadapan" sbg ganti kepada bekalan beras yang telah habis.

Dengan itu, pasaran dagangan masa hadapan dunia pertama kali wujud di Jepun.

Setelah Jepun disatukan oleh Tokugawa Ieyasu, keamanan dan kemakmuran pun kembali. Ini membawa kepada kembalinya kemakmuran pasaran beras dan seterusnya diikuti dengan kewujudan ramai pedagang beras.

Pada tahun 1750, muncul seorang pedagang beras yang bernama Homma Munehisa. Beliau mewarisi estet padi yang besar dari keluarganya dan beliau berdagang di Pasar Ojima, Osaka.
Homma Munehisa adalah seorang pedagang beras yang berbeza dengan orang lain. Beliau mewujudkan satu jaringan utusan dengan menempatkan seorang utusan di setiap 6km berterusan sehingga sejauh 600km!

Tujuannya hanya satu, iaitu nak tahu market price!
Beliau juga merekodkan setiap informasi yang diterima dari jaringan utusannya. Pada asalnya, beliau menerima banyak informasi dan kebanyakan informasi tersebut tidak berguna pada beliau.

Apa yang beliau alami itulah yang kita hari ini namakan sbg market noise!

Akhirnya, beliau mendapati beliau hanya perlukan 4 jenis informasi sahaja - kita kini kenali 4 jenis informasi itu sbg open price, close price, price high dan price low.

Kemudian, beliau dengan teliti memplotkan setiap 4 informasi tersebut dalam bentuk seperti candle - satu candle setiap hari.

Akhirnya, candlestick charting wujud buat pertama kali di dunia.
Hari demi hari, Homma memplotkan candlestick chart tanpa tertinggal walaupun sehari. Beliau mula dapat melihat dengan jelas kewujudan kuasa permintaan dan penawaran di dalam market. Ada hari apabila permintaan meningkat, beliau mengesan peningkatan price. Begitu juga sebaliknya. Beliau juga dapat mengesan faktor-faktor luaran terhadap price, seperti contoh, cuaca. Semakin lama Homma menjadi pedagang beras yang semakin sofistikated. 

Namun, pada satu hari, Homma dapat mengesan wujudnya satu kuasa lain selain kuasa penawaran dan kuasa permintaan yang memberi kesan kepada pergerakan price. Beliau mendapati tanpa sebab-sebab yang munasabah, price boleh meningkat dan menurun secara tiba-tiba.

Kuasa itulah yang hari ini kita kenali sbg emosi market.

Beliau mendapati selain penawaran dan permintaan, emosi-emosi seperti optimis dan pesimis turut berupaya mempengaruhi pergerakan price. Beliau membuat kesimpulan, jika beliau mampu memahami dan menguasai psikologi market ini, beliau boleh meramalkan pergerakan price sebelum ia bergerak.

Ilmu memahami dan menguasai psikologi market inilah yang kita hari ini kenali sbg analisis teknikal!

Disebabkan analisis teknikal ini juga Homma mendapati bahawa terdapat perbezaan di antara price yang didagangkan dengan value market beras.

Akhirnya dengan menggunakan ilmu yang diketahuinya ini, beliau berjaya meramalkan pergerakan price dengan tepat dan menjadi trader yang paling berjaya dalam sejarah.

No comments:

Post a Comment