MONEY MANAGEMENT RULE 90-10.
Rule 90-10 bermaksud capital allocation ketika berhadapan dgn market ialah 90% investing & 10% trading. Dalam erti kata lain, daripada keseluruhan modal yang ada, 90% akan digunakan utk investing, manakala baki 10% ialah utk trading.
Ini adalah rule money management yang Admin sendiri gunakan.
Di antara trading dan investing, sebenarnya yang lebih memberikan pulangan yang lebih menguntungkan ialah investing. Cuma anda harus mempunyai kesabaran utk menunggu hasilnya.
I AM ALMOST DONE WITH TRADING.Hari ini, Admin masih sukakan trade, tetapi hanyalah dgn modal yang lebih terhad berbanding sblm ini. Pada masa sama, jika ada buy signal, Admin akan share kpd orang lain. Begitu juga jika ada yang bertanyakan stock kpd Admin.
Walau bagaimana pun, ramai yang lebih meminati trading kerana hasilnya boleh dilihat dgn lebih cepat bergantung kpd strategi trade yg digunakan. Wang segera ini yg seringkali menyebabkan manusia boleh terlupa diri seketika dan tidak nampak kebaikan yg tersembunyi dalam investing.
Trade kurang memberikan hasil yang baik berbanding investing kerana risiko yang perlu ditanggung trader lebih besar berbanding investor. Risiko ini besar kerana trader lebih kerap entry berbanding investor. Di dalam pelaburan saham, tiada yang lebih berisiko selain daripada entry kerana setiap kali anda entry, anda sebenarnya pada posisi 50-50 di antara untung dan rugi.
Boleh periksa sendiri tak ramai pelabur-pelabur jutawan ini datang dari trader. Rata-ratanya merupakan investor yang telah membela portfolio masing-masing selama bertahun-tahun.
Namun, ada juga yang berasal dari trader. Sbg contoh Dan Zanger yang merupakan pakar analisis teknikal dan seorang yang bijak meramal pergerakan price.
Walau pun trading bukanlah jalan yang baik menuju ke tahap jutawan, suatu perkara yang takda dlm investing dan hanya ada pada trading ialah - ADRENALIN RUSH. Adrenalin rush inilah yang bertanggungjawab membuatkan anda menjadi ketagihan trade walau pun anda kerap lose. Rasa seronok bila anda profit dalam masa yang pantas membuatkan anda nak buat lagi dan lagi.
Disebabkan kerana sukakan adrenalin rush dari trade, Admin sendiri masih mengekalkan modal utk trade walaupun tak banyak. Sekurang-kurangnya dapatlah juga melampiaskan rasa geram melihat buy2 signal yang menggoda.
Namun, setiap satu harus ada hadnya. Akan tiba masanya yang anda sendiri akan sedar bahawa masa bermain sudah tamat dan masa utk lebih serius sudah tiba. Anda akan mula slow down dalam trade dan mula mengambil serius dgn investing demi masa depan diri sendiri dan keluarga.
Walau pun tiada had umur bila kesedaran ini akan tiba dan anda pula tidak akan pernah terlambat utk menyedarinya, namun lebih awal anda sedar lebih tinggi kejayaan anda dalam investing.Ini kerana investing berkaitan dgn time value - lebih lama anda menyimpan lebih tinggi pulangan anda. Admin telah pun melalui keadaan ini. Oleh itu, Admin kini lebih serius dalam investing kerana ada personal target yang mahu dicapai lebih awal. Namun, Admin masih mengekalkan sedikit modal untuk trade supaya dapat menikmati adrenalin rush sekali sekala.
itulah sebabnya money management rule 90-10 dipilih.
Rule 90-10 ialau rule Admin sendiri. Namun tak semestinya anda harus ikut. Terpulang kepada risiko profil anda.
EmpayarSaham
No comments:
Post a Comment