Pertimbangan Kesilapan Untuk 2017
gambar hiasan
Jadi mari kita mulakan,
1. Mengenai Pendapatan
Jangan dan jangan sekali-kali bergantung kepada satu lorong pendapatan. Buat pelaburan atau mulakan perniagaan untuk mewujudkan lorong kedua, ketiga mahupun keempat.
2. Mengenai Perbelanjaan
Jika anda kerap membeli perkara yang anda tidak perlu, kelak anda akan terpaksa menjual sesuatu yang anda perlu. Pikir dahulu sebelum membuat perbelanjaan
3. Mengenai Tabungan
Jangan simpan apa yang tinggal selepas perbelanjaan, tetapi berbelanja apa yang tinggal selepas menyimpan.
4. Dalam Mengambil Risiko
Jangan sekali-kali menguji kedalaman sungai dengan kedua-dua kaki. Sebaiknya buat kajian dari bahan bacaan atau dari pengalaman orang yang lebih senior dari pengalaman kita.
5. Dalam Pelaburan
Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul. Hati-hati dengan skim cepat kaya! Cari pelaburan yang sah di sisi undang-undang dengan mendapat keuntungan.
6. Jangkaan
Kejujuran sangat mahal harganya. Jadi jangan mengharapkannya daripada orang yang kuat gebang! Lihat pada riak wajahnya dan percakapannya. Jika orang lain dia menipu maka kau juga akan menjadi mangsanya satu hari nanti.
7. Belajar Dari Kisah Silam
Masa lalu adalah kertas buangan, masa ini adalah suratkhabar dan masa depan adalah kertas soalan. Keluarlah dari masa lalu anda, kawal masa kini dan selamatkan masa depan anda. Ingatlah perubahan yang kita buat hari ini mungkin akan mengubah haluan kehidupan kita buat selamanya. Cuba dan cuba dan cuba.
8. Buat Pilihan
Apabila perkara-perkara buruk berlaku dalam hidup anda, anda sebenarnya mempunyai tiga pilihan. Samada anda boleh membiarkan ia menentukan perjalanan kehidupan anda atau membiarkan ia memusnahkan anda atau anda boleh menjadikan ia sebagai motivasi untuk menguatkan diri anda!
9. Matlamat
Mata kita terletak di hadapan kerana itu ia adalah lebih penting untuk melihat ke hadapan daripada memandang ke belakang kepada perkara yang telah berlalu. "Don't look back, unless you want to help them"- jangan menoleh kebelakang melainkan kita ingin menolong mereka.
10. Bina Ketajaman Minda
Kita menggunakan pensil semasa kita muda, tetapi kini kita menggunakan pen. Anda tahu kenapa? Kerana kesilapan di zaman kanak-kanak dengan mudah boleh dipadamkan, tidak seperti sekarang.
11. Keluar Dari Zone Selesa
Kita tidak semestinya menempuh jalan yang ramai orang lalu. Kita boleh buat jalan kita sendiri. Mana tahu di hujung jalan sana ada emas yang menanti. Apa yang penting ialah kita telah meninggalkan jejak!
Selamat menjalani tahun 2017.
Semoga ketenangan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemakmuran menjadi milik anda!
karangan dari Telegram : Rozieta Amin
No comments:
Post a Comment