Pengetahuan

[bigpost][bigposts]

saham

[saham][bsummary]

belajar

[belajar][twocolumns]
Powered by Blogger.

6 Faktor Pelabur (Traders) Saham Di Malaysia Tewas Awal

credit : the wolf of wall street

Satu perkembangan yang menarik di Malaysia pada tahun ini, lahir ramai traders berpendapatan tinggi tanpa mengira usia. Kisah kejayaan mereka banyak dipaparkan di media tempatan.

Dengan kejayaan itu, ramai di antara mereka yang membuka seminar dan kelas secara percuma dan berbayar.

Di sebalik kejayaan tersebut, ramai juga yang gagal. lambakan testimoni kejayaan yang dipaparkan media menyebabkan ramai membuat kesimpulan menceburi usahawan saham sebagai satu jalan pintas untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.

Hakikatnya, di sebalik kejayaan seorang traders, terdapat 100 kisah kegagalan dan kerugian yang tersembunyi. Maklumlah, tidak ramai yang suka menceritakan kegagal
an berbanding kejayaan.

Kali ini, kami senaraikan 6 faktor utama Traders saham di Malaysia tewas awal di dalam usahanya. Faktor-Faktor ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan pembelian saham, tetapi ia sesuai untuk menjadikan panduan supaya risiko kegagalan awal dapat diminimakan.

# 1 - Tidak Cukup Ilmu Pelaburan

Ilmu saham yang betul bakal mempengaruhi cara membuat keputusan dan pengurusan saham yang tepat. Terjun tanpa ilmu ibarat memperjudikan nasib. Banyak pemain baru ghairah malabur modal beribu-ribu untuk memulakan pembelian saham daripada menghabiskan Rm 100 unutk membeli buku-buku dan kelas-kelas yang dibuat oleh pakar-pakar saham.

Dengan ilmu, risiko duit hangus dapat diminimakan. Banyak kisah Tragis yang berlaku akibat kejahilan dalam ilmu.

Warren Buffett adalah salah seorang pelabur yang hebat, beliau menghabiskan 500-1000 muka surat sehari dengan membaca buku-buku kewangan, saham, motivasi. dan banyak lagi.

Di dalam dunia ini, ada golongan tertentu suka mengambil kesempatan terhadap golongan yang baru berjinak-jinak ini sebagai kambing hitam yang menguntungkan. Semakin kurang ilmu orang tersebut, semakin mudah untuk diperdayakan mereka.

# 2 - Semangat Palsu

Banyak pemain baru menceburi bidang ini atas semangat untuk memiliki simbol mewah semata-mata. Motivasi mereka terletak pada kejayaan memiliki simbol-simbol tersebut. Apabila mereka berusaha bertahun-tahun dan masih gagal memiliki simbol tersebut, mereka cepat putus asa.

Pemilik saham yang semakin kaya-raya seperti ini meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan pelaburan mereka. Salah satu contohtikah laku mereka adalah, mereka banyak menghabiskan masa-masa mereka dengan dahagakan ilmu dan idea baru. Degan itu mereka boleh menjual dan mengajar orang lain bagi menghasilkan lebih banyak kekayaan.

# 3 - Golojoh Membuat Keputusan

Gelojoh di dalam membuat keputusan menyebabkan banyak tindakan awal yang tidak mengikut logik pelaburan. Traders seperti ini lazimny, membuat keputusan atas dasar 'sangkaan yang baik-baik sahaja'. Lazimnya keputusan ini di bawah pegaruh emosi 'over-excited' 'mendegar buy call' 'tamak' 'tidak sabar'

Tindakan ini lazimnya didorong apabila melihat atau mendengar ada yang pelabur(traders) yang lain berjaya menghasilkan banyak wang yang sama dengan mudah. Kesilapan ini sering kali dilakukan bagi pelabur baru. (beliau tidak melihat pada proses awal yang sepatutnya di lalui. Proses membuat keputusan yang berjaya adalah tidak hanya melihat hasil yang akan dimiliki, sebaliknya mlihat proses ini bermula dari proses awal.

# 4 - Memulakan Pelaburan Dengan Duit Pinjaman

Menggunakan kemudahan pinjaman bank untuk melakukan pelaburan akan meletakan pelabur (traders) di dalam situasi tertekan. Sebagaimana yang kita ketahui sistem T4 dan T7. Fokus mereka bukan bagi mengembangkan duit pelaburan, sebaliknya membayar hutang. Ini menyebabkan wujud satu lagi 'cabaran tekanan' yang tidak perlu di tanggung pada peringkat awal.

# 5 - Menyamakan Wang Pelaburan (Saham) Dengan Wang Peribadi

Tidak tahu membezakan wang pelaburan dengan wang peribadi menyebabkan pelaburan lebih mudah pancit awal. Tindakan ini ibarat 'mencuri wang syarikat sendiri'

Apabila tiba saat yang penting untuk penambah baikkan pelaburan, duit simpanan pelaburan tidak mencukupi. Wang yang 'dicuri' itu pula habis dibelanjakan atas keperluan peribadi.

# 6 - Jangkaan Palsu

Peringkat awal memulakan pelaburan, sebahagian traders mengalami situasi 'beginner's lusk' iaitu pembelian saham sering kali untung. Contohnya, sasaan hanya membeli 1 lot sahaja tetapi setiap kali masuk 100 lot sering membawakan buah hasil yang diidamkan.

Ini adalah situasi yang sering berlaku. dan ada juga yang sebaliknya. Dari awal memasuki alam pelaburan lagi tidak pernah merasa keuntungan.

Pelabur sering kali berada dalam keadaan ini. Yang mana akan membawa kepada ungkapan "apakah kesilapan yang telah dilakukan". Kebiasaannya lihat kembali, "kenapa aku membeli kauter ini dan bukan yang itu?", adakah sebab buycall, atau mungkin kita tamak, atau mungkin membeli kerana mengikut orang lain, atau salah membaca candle, salah timing, atau, atau, banyak lagi, kerana jawapan kepada soalan tadi hanya ada pada diri kita sahaja. Hanya diri sendiri sahaja yang boleh menjawabnya.

# 7 - Tidak Membuat Perancangan Spesifik

Pelaburan tanpa perancangan ibarat sampan tanpa pendaung. Perancangan bukan hanya membeli dan menjual. Sebaliknya, perancangan mengurukan duit, masa, ilmu, guru (sifu), kawan seharusnya aturkan dengan baik. 'Bila hendak membeli?' 'bila perlu tambahkan ilmu?' 'Bagaimana menguruskan duit yang berhemah?' 'adakah kawan aku memberi buycall yang betul?' 'platform apakah mempunyai fee yang rendah?' dan banyak lagi.

Ini adalah satu sebab kenapa sebahagian pelabur (traders) masih terkial-kial walaupun sudah lama berjinak dalam dunia pelaburan saham. Semua analisa kekuatan tenaga kerja dan angka sasaran hanya bermain-maian dalam kepala. Ia tidak dikaji, ditapis, dipelajari, dan direalisasikan terlebih dahulu diatas kertas sebelum bursa saham di buka.

No comments:

Post a Comment