Bagaimana Suruhanajaya Sekuriti Menentukan Kauter Itu Patuh Shariah?
credit : syafiqphoto
Pihak yang mempunyai autoriti untuk mengeluarkan fatwa dan berkuasa untuk menentukan adalah Majlis Penasihat Shariah (MPS) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM / SC)
Penentuan status patuh Shariah melibatkan dua penilaian ; 1. Penilaian aktiviti bisnes, 2. Penilaian ratio kewangan.
Mari kita mulakan :
A. Penilaian Aktiviti bisnes
- Aktiviti yang haram dari segi hukum shariah perlulah kurang dari 5% pendapatannya. Iaitu perbankan yang berunsurkan riba, insurans, judi, penjualan arak dan babi, dan sebagainya. Atas sebab inilah kebanyakan kaunter yang berunsurkan penyimpanan (Bank) tidak tersenarai dalam kauter yang patuh Shariah.
- Aktiviti dalam 'grey area; pula pendapatannya perlu kurang dari 20%, seperti syarikat hotel dan sewa hartanah.
B. Penilaian Ratio Kewangan
Kaedah ini meneliti baki sesebuah syarikat.
- Duit tunai syarikat perlu disimpan dalam akaun perbankan islam dan instrumen kewangan Islamik sahaja
- Hutang sesebuah syarikat mestilah datang dari perbankan Islam
sekiranya tunai dan hutang dari sumber riba maka tidak boleh lebih dari 33% dari jumlah aset syarikat. Jika lebih dari retio ini, maka status syarikat pun bertukar menjadi tidak patuh Shariah walaupun aktiviti bisnesnya mematuhi Shariah.
untuk maklumat tambahan dan senarai nama kauter yang patuh Shariah, sila klik link di bawah :
Kita sebagai orang biasa tidak mampu untuk mengira semuanya, maka Islamic Capital market (ICM) telah memudahkan urusan jual beli kita di pasaran saham.
No comments:
Post a Comment