BENARKAH SAHAM ITU SATU PERNIAGAAN?
Utk memahami soalan ni, terlebih dahulu anda kena faham apa itu perniagaan.
Perniagaan ialah satu organisasi yang disuntik modal untuk menawarkan barangan atau perkhidmatan sebagai imbalan kepada keuntungan dibayar kepada organisasi tersebut. Oleh itu, tujuan asal perniagaan ialah untuk mencari keuntungan.
Soalan cepumas - ke mana perginya keuntungan lepas tu?
Bagi syarikat persendirian yang mana si pemilik adalah juga yang bekerja dengan syarikat, setiap keuntungan syarikat akan pergi ke 2 tempat.
1. Sebahagian besar balik semula ke dalam syarikat sebagai rolling capital.
2. Sebahagian kecil sebagai gaji kepada yang bekerja dengan syarikat.
Bagi syarikat persendirian yang mana si pemilik bukan yang bekerja dengan syarikat, setiap keuntungan syarikat akan pergi ke 3 tempat.
1. Sebahagian besar balik semula ke dalam syarikat sebagai rolling capital.
2. Sebahagian kecil sebagai gaji kepada yang bekerja dengan syarikat.
3. Sebahagian kecil menjadi elaun kepada pemilik syarikat.
Bagi syarikat yang telah disenarai awam yang mana si pemilik terdiri daripada orang ramai, setiap keuntungan syarikat akan pergi ke 3 tempat.
1. Sebahagian besar balik semula ke dalam syarikat sebagai rolling capital.
2. Sebahagian kecil sebagai gaji kepada yang bekerja dengan syarikat.
3. Sebahagian kecil menjadi dividen kepada pemilik2 syarikat atau shareholder.
NO SENSE OF BUSINESS OWNERSHIP.
Admin sebenarnya termasuk dalam kem yang kurang bersetuju dengan kenyataan saham itu satu perniagaan diucapkan oleh kebanyakan pelabur2 kita.
Jika anda lihat, walau apa pun jenis syarikat itu, keuntungan tetap mengalir kpd tempat2 yang sama. Cuma, bila syarikat itu telah disenarai awam dan membolehkan ia dimiliki oleh ramai orang, maka the real sense of business ownership tu pun ikut menghilang.
Anda tidak merasa peritnya membangun dan mengekalkan syarikat. Anda tidak rasa susahnya nak mengasaskan sebuah syarikat. Anda dapat memiliki syarikat dengan mudah dengan membeli saham2nya di dalam stock market. Semudah mana anda dapat, semudah itu juga anda buang. Anda tidak bersama dengan syarikat sejak day 1.
Bila anda mendapat dividen, jumlah yang anda dapat tak banyak kerana telah dibahagikan kepada ratusan shareholder2 yang lain. Itu pun syarikat yang akan tentukan adakah anda boleh dibayar dividen atau tidak.
Bagi anda yang trader, lagilah tiada appreciation yang saham itu satu perniagaan. Bagi anda, saham hanyalah price dan volume semata2. Apa bisnes di sebaliknya anda langsung tak tahu.
Jadi, bagaimana anda boleh mengatakan saham itu satu perniagaan?
PRICE TIDAK BERGERAK MENGIKUT PRESTASI SYARIKAT - BUKTI SAHAM BUKAN SATU PERNIAGAAN.
Tak kisah sama ada syarikat persendirian atau awam, pemilik syarikat mempunyai 2 punca pendapatan
1. Elaun/dividen.
2. Pemilikan equity.
Apabila value syarikat bertumbuh, ia akan semakin menarik minat ramai orang utk memilikinya. Akibatnya, equity yang dipegang oleh pemilik syarikat menjadi semakin berharga.
Tetapi, disebabkan begitu mudahnya equity syarikat awam dijual beli di dalam stock market, maka semakin mudah juga utk memiliki dan membuang syarikat. Shareholder2 menjadi semakin short term-oriented dan tidak lagi merasa semangat utk bersama2 susah senang dengan syarikat menjalankan perniagaan.
Keadaan ini mewujudkan golongan baru di dalam stock market - investor dan trader.
Investor masih lagi mengambil tahu ttg syarikat, namun mereka sudah tidak lagi mempunyai rasa peribadi dengan syarikat. Manakala trader pula hanya berminat dengan teknikal price semata2.
Mereka juga membeli saham bukan lagi utk menjadi sebahagian daripada syarikat tersebut, sebaliknya utk mendapat
1. Dividen.
2. Share price appreciation.
Akibatnya?
Disebabkan pemilikan equity sudah menjadi short term-oriented, maka share price sudah tidak lagi bergerak mengikut performance syarikat.
Masakan tidak?
Price naik kerana company performance exceed expectation. Price jatuh kerana company tak capai expectation, walaupun masih untung!
Begitu mudahnya memiliki saham sehinggakan price boleh dispekulasi naik walaupun syarikat rugi.
Lihat sahaja peraturan2 yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti seperti insider trading mahupun stock market rigging yang tiada kaitan langsung dengan bisnes syarikat yang sebelum ni tidak wujud ketika syarikat milik persendirian kerana mudahnya nak memiliki dan nak membuang equity syarikat.
Syarikat2 yang menunjukkan pertumbuhan dihukum dengan menjatuhkan share price hanya semata2 performance kurang memberangsangkan utk semusim dua.
Syarikat2 yang rugi pula disanjung walaupun baru satu musim mencatat profit.
Beginikah yang dikatakan saham itu satu perniagaan?
KENAPA KEADAAN INI BERLAKU?
Mudah sahaja. Ini kerana apa yang dijangka oleh mereka yang mengusahakan syarikat tidak sama dengan apa yang dimahukan oleh investor dan trader.
Kepentingan mereka yang mengusahakan syarikat tidak selari dengan investor dan trader.
KENAPA ADMIN TIMBULKAN PERSOALAN INI?
Admin bangkitkan persoalan ini kerana Admin mahu anda benar2 sedar game sebenar saham.
Jika anda buta2 ikut saham itu satu perniagaan tanpa anda benar2 memahami game yang anda nak main, habislah anda.
Jika anda seorang yang short term-oriented, game saham untuk anda ialah sentimen. Anda hanya perlu ikut sentimen market kerana secara short term, price bergerak ikut sentimen. Nak berjaya, kena pandai baca sentimen.
Kalau anda benar2 nak main game ni, janganlah tanya kenapa syarikat rugi share price masih naik... mmg nak kene sekeh kepala.
Jika anda seorang yang middle term-oriented atau jika anda nak beat game saham sentimen, game saham anda ialah expectation. Anda kena pandai meramal performance syarikat. Jika syarikat berjaya exceed expectation, share price akan naik. Namun, jika syarikat tak berjaya exceed expectation, bersiap sedialah dengan kejatuhan share price.
Sedikit petua yang Admin boleh bagi di sini. Utk memudahkan mencari syarikat yang boleh beat expectation market, anda kena cari syarikat yang buat "real" business yang mana syarikat itu mudah utk generate income yang besar.
1. Syarikat yang buat bisnes hebat2 yang menyukarkan persaingan.
2. Syarikat yang mengimport dan mengeksport ke banyak tempat dalam volume yang besar.
3. Syarikat yang bekerjasama dengan syarikat2 yang ternama dunia.
4. Syarikat monopoli.
Superinvestor Koon Yew Yin ialah orang yang bermain game saham jenis ini. Beliau mencatatkan kejayaan yang hebat dengan LATITUD dan LIIHEN.
Namun, dalam saham ni, janganlah sesekali fikir anda hebat walaupun pernah mencatat kejayaan. Ini kerana game saham boleh berubah. Nak mengulang kejayaan sama bukan mudah.
Kelemahan Koon Yew Yin ialah beliau pernah menjadi tokoh korporat. Beliau mmg pandai mengenalpasti syarikat yang menguntungkan. Oleh itu, beliau fikir apabila syarikat untung, share price mesti naik.
Beliau fikir saham itu satu perniagaan, tetapi game saham yang beliau main berlainan.
Formula ni berjaya dengan LATITUD dan LIIHEN. Tetapi tidak pada JAKS.
Koon Yew Yin sgt excited dgn bisnes JAKS. Malangnya, share price pula sebaliknya. Ini kerana walaupun JAKS menguntungkan, ia belum cukup utk mengatasi expectation market.
Jika anda seorang yang long term oriented atau jika anda nak beat game saham expectation, game saham yang anda kena main seterusnya ialah trend & fundamental.
Anda kena pandai meramal trend market yang terkini - apa yang menjadi trend dunia terkini dan pada masa memastikan fundamental syarikat utuh. Ini kerana syarikat yang bisnesnya selari dengan trend dunia akan memiliki potensi yang sangat besar utk bertumbuh, terutama sekali jika anda berjaya meramal trend tersebut lebih awal dan memposisikan kedudukan anda di dalam syarikat yang berkaitan.
Warren Buffet ialah orang yang bermain game saham jenis ini. Beliau seorang yang bijak menganalisis fundamental syarikat dan mengenalpasti trend lebih awal dan membeli saham syarikat pada harga yang lebih murah.
Beliau pernah menjual saham WALMART dan berminat dengan AMAZON kerana beliau melihat trend beralih kepada online shopping. Sebelum ni beliau mengelak saham2 teknologi, namun kini beliau berminat dengan APPLE kerana mendapati trend teknologi sgt menarik.
Admin pernah share dahulu salah satu investing rule Warren Buffet ialah
"Our favourite holding period is forever".
Well, anda boleh tolak tepi rule ni kerana Warren Buffet sendiri pun xfollow rule ni - beliau pun bermain salah satu game saham. Tetapi, walaupun apapun, beliau sudah tentunya hold lagi lama berbanding kita.
KESIMPULAN.
Saham itu satu perniagaan sebenarnya bergantung kepada selama mana anda mahu memegang stock anda. Jika anda bermain game saham yang pendek, saham bukan perniagaan buat anda. Oleh itu, sangat ironi bagi Admin bila yang mengucapkan itu datang dari seorang trader. Kalau saham itu satu pelaburan, itu lebih tepat.
Walau bagaimana pun, semakin panjang game saham anda, semakin kerap saham akan menyerupai performance syarikat. Seperti kata Warren Buffet,
"If the business does well, the stock eventually follows."
Perkataan eventually tu bermaksud lama-kelamaan. Dalam erti kata lain, makin lama anda hold stock anda, ia akan lambat laun mencerminkan performance syarikat yang sebenar.
Akhir kata, semakin lama anda hold stock anda, semakin selari kepentingan dan jangkaan anda dengan kepentingan dan jangkaan syarikat.
Masa itu barulah saham itu satu perniagaan kepada anda.
EmpayarSaham
No comments:
Post a Comment