BAGAIMANA JIKA SAYA SHORT SELL DI KALA MARKET SEDANG JATUH KETIKA INI?
Seorang rakan Admin yang baru berjinak-jinak dengan dunia saham telah berjumpa Admin kerana dia mendapat tahu bahawa di dalam saham, anda boleh membuat profit ketika harga sedang naik dan juga ketika harga sedang turun. Dia mahu penjelasan lebih lanjut ttg kebenaran apa yang didengarnya.
Ya, di dalam saham mmg boleh buat profit ketika harga sedang jatuh. Namanya SHORT SELLING.
Sblm itu, Admin bertanya kepadanya kenapa tiba-tiba topik short selling ditimbulkan. Lalu, dia bercerita bahawa dengan market yang sedang merudum teruk ni, dia melihat peluang membuat untung melalui cara short selling.
Admin bertanya lagi, tahukah short selling tu apa? Dia jawab tak tahu.
O... tak tau ya? Takpa, mari kita sebarkan sedikit ilmu.
Selama ni, profit yang kita buat apabila harga sedang naik, itu dikenali sebagai long trading. Kita beli pada harga murah, kita tunggu harga naik dan kemudian kita jual utk menghasilkan untung.
Dengan short selling, ianya terbalik - kita buat profit apabila harga sedang jatuh. Kita tahu bahawa harga akan jatuh, kita enter market pada harga tinggi, kita tunggu harga jatuh dan kemudian kita exit utk menghasilkan untung.
Berkerut juga muka rakan ni...
Utk long trade, konsepnya mudah faham kerana itulah juga cara yang biasa dilakukan utk meraih untung, sama ada di dalam mahupun di luar dunia saham.
Tetapi, utk short sell, dia tak boleh hadam bagaimana beli ketika mahal dan jual ketika murah boleh untung. Sepatutnya rugi lah kan?
Admin tersenyum. Seronok kerana nampak rakan ni cuba berfikir.
ANALOGI SEBATANG PEN.
Untuk memudahkan pemahaman, Admin membuat satu analogi.
Bayangkan anda meminjam sebatang pen daripada seorang rakan. Rakan anda ni pula tanpa syak wasangka memberi pinjam kepada anda. Lantaklah nak buat apa pun, dengan syarat nnt pulangkan balik.
Anda ambil pen tersebut dan kemudian anda jual kepada orang lain dengan harga RM1.00.
Anda tahu harga pen itu akan jatuh. Anda tunggu sehingga harga pen tersebut jatuh sehingga RM0.50.
Kemudian, anda beli semula pen tersebut.
Sekarang...
Berapa kos anda beli? RM0.50
Berapa harga anda jual? RM1.00
Berapa untung anda? RM1.00 - RM0.50 = RM0.50!
Dalam erti kata lain, anda profit 50% walaupun harga pen itu jatuh. Anda kemudian pulangkan semula pen itu kepada pemilik asalnya.
Dengan ini, hak semua orang berjaya ditunaikan. Si pemilik pen dapat semula pennya, si trader dapat execute trade nya (walaupun rugi, tapi trade nya masih done) dan anda pula dapat profit anda.
Begitulah dalam dunia saham, ketika anda short sell, anda sebenarnya meminjam share daripada broker anda. Anda tahu share tersebut akan jatuh harganya, lalu anda jual dahulu ketika sedang mahal. Kemudian, apabila harga share tersebut jatuh, anda beli semula pada harga yang murah. Setelah anda dapat semula share tersebut, anda pulangkan kembali kepada broker anda.
Membeli pada harga murah dan menjual pada harga mahal itulah yang menghasilkan profit kepada anda... walaupun harga jatuh!
Itulah short sell.
RISIKO SHORT SELL TINGGI.
Sekarang rakan Admin dah faham dan berasa sangat seronok utk short sell. Namun, sorilah ya, terpaksa anti-klimaks. Bukan apa, menjadi tanggungjawab Admin utk mengingatkan risiko short sell sebagai orang yang lebih tahu. Haaa... lepas dah tahu risiko dan masih nak short sell, buatlah puas-puas.
Admin bukak carta indeks Dow Jones selama 100 tahun dan minta rakan ni tengok. Lalu, Admin bertanya, selama seratus tahun ni, ke mana arah Dow Jones pergi?
Jawab rakan, secara keseluruhannya menaik.
Ya, betul. Secara keseluruhannya market menaik kerana...
Pertamanya ialah kerana inflasi. Dengan bilangan populasi manusia yang semakin ramai, aktiviti perniagaan, pelaburan, perdagangan dan kewangan semakin lama semakin rancak, lalu menolak harga utk mendapatkan barangan dan servis semakin tinggi. Pada masa yang sama, inflasi juga menyebabkan nilai wang kita semakin susut dan mahu tak mahu, manusia sentiasa akan cuba terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti ini demi mengekalkan atau meningkatkan harta mereka agar berjaya berlari lebih laju daripada inflasi.
Keduanya ialah kerana fundamental yang mendasari ekonomi itu sendiri. Lumrahnya, fundamental akan sentiasa bergerak ke arah lebih baik kerana manusia bersikap inovatif. Sentiasa akan ada ciptaan baru, sentiasa akan ada permasalahan baru, sentiasa akan ada trend baru... maka market semakin lama semakin sofistikated.
Oleh itu, peluang utk long trade sentiasa ada.
Ya, tidak dinafikan, dalam perjalanan market yang terus menaik, sekali sekala menjunam jua sebelum kembali naik semula. Dalam 100 tahun ini, adalah beberapa ketika market crash, seperti pada lingkungan tahun 1930-an iaitu ketika Great Depression, atau seperti pada lingkungan tahun 1970-an iaitu ketika krisis minyak, atau seperti pada lingkungan tahun 2000-an iaitu ketika krisis dot com, atau seperti pada lingkungan tahun 2008-an iaitu ketika krisis subprime mortgage.
Itu semua adalah bubble yang pecah dengan cepat, malah ada yang terlalu cepat, sehingga memerangkap ramai orang ke lembah kemuflisan.
Ya, hanya ketika ini sahajalah peluang utk short selling muncul.
Jadi, kesimpulannya apa?
1. Disebabkan market long lebih lama berbanding market short, maka kebarangkalian utk profit ketika long lebih tinggi berbanding dengan kebarangkalian ketika short.
2. Market sentiasa dipenuhi oleh orang-orang yang long berbanding orang-orang yang short. Ini menyebabkan market boleh rebound sangat pantas sehingga memerangkap orang-orang yang short dengan mudah.
Bayangkan market yang jatuh pada hari ni, isunya ialah disebabkan Arab Saudi memulakan perang minyak (ya, sekali lagi), selain isu COVID-19.
Isu bermula apabila persetujuan antara OPEC dan Rusia utk mengawal pengeluaran minyak sudah sampai ke hujung dan rundingan semula diadakan utk membincangkan persetujuan yang seterusnya. Namun, pada kali ini, Rusia enggan membuat persetujuan yang sama kerana tidak mahu Amerika Syarikat membuat keuntungan daripada shale oil apabila harga minyak semakin naik.
Kesudahannya rundingan gagal.
Arab Saudi pun memulakan perang minyak. Mereka kata mereka akan mengepam lebih banyak minyak supaya harga minyak terus jatuh dan tiada siapa yang untung dalam perang ini. Tujuannya ialah supaya semua pihak kembali ke meja rundingan apabila dah tak tahan.
Bagi mereka yang nak short, mereka sudah memulakan short ketika rundingan gagal kerana ketika itulah harga minyak mula jatuh.
Namun, katakanlah, Rusia akhirnya mahu merunding semula. News baru sahaja keluar, baru nak runding, belum pun setuju lagi, anda akan lihat dengan pantasnya market akan rebound semula kerana mereka yang long lebih ramai. Disebabkan begitu pantasnya market rebound, mereka yang short akan terperangkap.
Masa itulah anda akan jumpa candlestick bullish panjang-pejuang atau mungkin market membuat gap.
BAGAIMANA JIKA MASIH BERMINAT?
Sampai ke peringkat ini, Admin menganggap bahawa tanggungjawab Admin telah selesai. Jika masih nak teruskan short, silakanlah atas risiko sendiri.
Jika mahu, boleh pergi ke stock market US kerana di situ aktiviti ekonomi mereka pesat. Akan ada banyak peluang utk short.
Jika di Malaysia pula, aktiviti short selling kepada retail trader telahpun dibenarkan sejak tahun 2018, siap patuh syariah lagi. Namun, peluang short selling di Bursa Malaysia masih terhad - bukan semua stock boleh short dan kalau pun boleh, hanya secara intraday sahaja. Ini kerana Suruhanjaya Sekuriti masih berhati-hati dan masih memantau dengan ketat potensi short selling dalam merancakkan Bursa Malaysia.
Ada juga desas-desus kita akan berhadapan dengan market crash tak lama lagi. Ini berdasarkan kepada hutang-hutang Amerika Syarikat yang semakin banyak melebihi kemampuan mereka utk membayar serta wujud pula petanda-petanda crash seperti quantitative easing, Federal Reserves dovish policy, inverted yield curve dan lain-lain... jika anda yakin market akan crash, anda bolehlah memulakan BIG SHORT anda - the biggest short in history.
SEBALIKNYA BAGAIMANA?
Market sentiasa memberi peluang kepada long trade. Daripada anda mengejar short selling, cara lain yang ada utk meraih untung ialah tunggu saja market jatuh sampai lantai dan belilah ketika ia sudahpun murah.
No comments:
Post a Comment