Pengetahuan

[bigpost][bigposts]

saham

[saham][bsummary]

belajar

[belajar][twocolumns]
Powered by Blogger.

BAGAIMANA MEMBUAT ANALISIS VALUATION MENGGUNAKAN PE RATIO?


Sebelum Admin bercuti panjang, antara post terakhir yang Admin share ialah membuat analisis valuation menggunakan discounted method. Discounted method digunakan apabila anda mempunyai earning visibility syarikat tersebut yang biasanya didedahkan oleh pihak syarikat atau para penganalisis di dalam news.

Apa sahaja earning visibility, anda boleh gunakan utk teknik discounting. Admin pun telah banyak kali menunjukkan contoh analisis valuation menggunakan teknik discounting beberapa stock berdasarkan info yang kita sendiri dpt.

Hakikatnya masih ada separuh lagi analisis valuation menggunakan discounted method yang belum Admin dedahkan. Antaranya ialah beberapa discounting model yang boleh digunakan utk memudahkan lagi analisis valuation.

Cuma Admin sedikit kecewa di tengah-tengah sharing ada yang kata sharing Admin tidak masuk akal. Atas sbb apa tak masuk akal, tak pula diterangkan.

Analisis valuation yang Admin share ni, nilainya beribu ringgit dan digunakan bagi sesiapa yang nak pursue CFA. Malah di negara-negara luar, analisis valuation ni diajar di dalam satu kursus masterclass. Admin sedikit kecewa kerana usaha ini dikata tak masuk akal.

Mungkin juga teknik discounting ni terlalu berat. Oleh itu, walaupun masih berbaki separuh sharing utk teknik discounting, Admin akan stop di sini sahaja. Kita teruskan analisis valuation lain yang lebih mudah.

Utk recap semula apa itu analisis valuation. Analisis valuation ialah bertujuan utk menilai adakah sesuatu stock itu dalam keadaan murah atau mahal. Itu sahaja.

Namun, utk menentukan sama ada anda patut beli atau tidak, bergantung kepada anda. Jika anda seorang value investor, anda akan membeli ketika stock murah. Jika anda seorang growth investor pula, anda akan membeli ketika stock mula menjadi mahal.

Di dalam analisis valuation, terdapat 3 teknik.

1. Discounting method.
2. Comparative method.
3. Asset valuation method.

Di dalam analisis valuation, PE ratio merupakan sebahagian dari comparative method.

PE ratio merupakan nisbah di antara price dan earning. PE ratio memberikan petunjuk berapa kali ganda jumlah price kepada earning.

Formula bagi PE ratio.

1. PE = Price / EPS
2. PE = Market cap. / Net profit

EPS – jumlah net profit yang dinisbahkan kepada total outstanding share

Market capitalization – jumlah modal yang terdapat di dalam market sekiranya kesemua share dicairkan.

Net profit – Jumlah keuntungan bersih setelah ditolak semua kos.
PE ratio membantu kita mengenalpasti adakah stock itu murah atau mahal di dalam market. Lebih tinggi nilai PE bermaksud price semakin tinggi berbanding earning. Lebih rendah nilai PE bermaksud price semakin rendah berbanding earning.

Terdapat 2 cara bagaimana nak menilai stock dalam keadaan murah atau mahal.

1. Dengan membandingkan PE dgn kriteria anda sendiri.
2. Dengan membandingkan PE dgn PE purata industri.

CARA MENGGUNAKAN PE RATIO UTK ANALISIS VALUATION.

Kriteria pantas yang biasa Admin gunakan ialah di antara PE5 ke PE20. Sekiranya PE stock berada di antara 5 ~ 20, maka bagi Admin, stock tersebut di dalam harga yang berpatutan. PE kurang dari 5, bagi Admin terlalu murah. PE lebih dari 20 pula, bagi Admin sudah dikira mahal.

Jika PE kurang dari 5, Admin jarang teruskan analisis valuation kerana stock yang terlalu murah boleh membawa maksud market mmg tidak berminat dgn stock tersebut.

Jika PE lebih dari 20 pula membawa 2 maksud - sama ada stock tersebut mmg sudah terlalu mahal atau sebenarnya stock tersebut sedang mendapat perhatian market. Anda perlu faham apabila pelabur-pelabur minat pada stock tertentu, mereka sanggup bayar lebih. Ini akan menolak PE menjadi lebih tinggi. Oleh itu, PE yang tinggi tak semestinya satu perkara yang buruk.

Jika PE stock lebih dari 20, Admin akan membuat analisis tambahan utk menjustifikasikan PE yang tinggi. Antaranya ialah membuat perbandingan dgn PE purata industri - mungkin juga PE industri sendiri mmg tinggi.

Jika ada earning visibility, Admin akan buat tambahan teknik discounting. Admin juga akan membuat asset valuation.

Selain itu, Admin akan melihat kenapa PE menjadi tinggi. Adakah wujudnya prospek pertumbuhan yang baik?

Akhir sekali, membuat keputusan adakah kita mahu beli atau tidak yang mana itu bergantung kepada gaya pelaburan masing-masing.

Kesimpulannya, PE ratio merupakan cara yang mudah dan pantas utk membuat analisis valuation. Ia juga mengaitkan analisis valuation dgn fundamental syarikat kerana ia mengaitkan hubungan antara price dgn earning. Selain itu, ia turut mengaitkan analisis valuation dgn sentimen market kerana PE yang terlalu rendah menunjukkan sentimen market yang rendah dan PE yang tinggi pula menunjukkan sentimen market yang tinggi terhadap stock, selagi tidak terlalu mahal.

Walau apa pun, stock yang terbaik ialah stock yang murah tetapi mampu menjana pendapatan yang tinggi.

EmpayarSaham

No comments:

Post a Comment