SHORT SELLING GAYA BURSA MALAYSIA.
Hari ni kita bercerita tentang short selling. Sengaja Admin tulis short selling gaya Bursa Malaysia sebab amalan short selling di Bursa Malaysia ada sedikit berbeza dengan tempat-tempat lain.
APA ITU SHORT SELLING?
Katakan sekuriti yang kita akan bincangkan ialah SAHAM. Short selling ialah apabila anda menjual saham-saham yang TIDAK ANDA MILIKI kepada orang lain pada ketika anda menjual, tetapi anda SEMPAT mendapatkan saham-saham tersebut selepas itu supaya anda boleh MENYERAHKAN saham-saham tersebut pada delivery date.
Bagaimana anda dapat saham tersebut kalau anda tak milikinya? Jawapannya ANDA PINJAM DARI BROKER.
BAGAIMANA MENJANA PROFIT DARIPADA SHORT SELLING?
Mekanisme short selling sebenarnya taklah rumit. Cuma anda tak biasa kerana sebelum ni anda sudah terbiasa dengan long selling.
Short selling trader menjana profit ketika price jatuh. Oleh itu, short selling biasa diamalkan ketika downtrend.
Pelik tak? Bagaimana pulak profit saham boleh dijana ketika price jatuh?
Katakan anda menjual 1,000 unit saham A kepada seorang trader pada harga RM1 seunit, yang mana pada ketika itu, anda takde pun saham A tu. Anda dapat revenue RM1,000 hasil dari transaksi tu. Anda kemudian pinjam sebanyak 1,000 unit saham A dari broker anda dengan berjanji akan memulangkannya pada waktu-waktu tertentu. 1,000 unit saham A tu kemudian anda serahkan kepada pembeli tersebut.
Disebabkan anda sudah berjanji nak pulangkan semula 1,000 unit saham A kepada broker anda, untuk memulangkannya anda kena beli semula 1,000 unit saham A dari market.
Katakan pada ketika anda membeli semula saham A dari market, price pada ketika itu sudah jatuh kepada RM0.80. Maka, anda akan mengeluarkan kos sebanyak RM800 untuk mendapatkan semula 1,000 unit saham A.
Disebabkan revenue anda ialah RM1,000 dan kos anda pula ialah RM800, maka anda sebenarnya sudah pun menjana profit sebanyak RM200, WALAUPUN KETIKA PRICE JATUH!
RISIKO SHORT SELLING.
Oleh kerana anda menjana profit daripada saham yang sebelum ini bukan milik anda, maka risiko short selling ialah anda tak dapat menyerahkan saham yang telah dijual ketika delivery date yang dijanjikan. Pendek kata, bagaimana kalau sekiranya anda gagal meminjam saham-saham yang ANDA TELAH PUN JUAL?
Untuk mengatasi masalah ini, Capital Market Services Act (CMSA) seksyen 98 menetapkan bahawa seseorang itu tidak dibenarkan mengamalkan short selling kecuali pada ketika transaksi, dia mempunyai kemampuan dan hak yang tidak tercabar untuk melaksanakan penyerahan saham kepada pembeli - "... presently exercisable and unconditional right to vest the securities in the purchaser".
Itulah sebabnya untuk mematuhi CMSA seksyen 98, di dalam Peraturan-peraturan Bursa Malaysia Sekuriti Berhad ada menyatakan bahawa sebelum short selling dibenarkan, seseorang itu haruslah mendapat jaminan bahawa saham-saham yang mahu dijual itu DIJAMIN MMG BOLEH DIPINJAM dengan cara membuat perjanjian dengan broker untuk meminjam saham-sahamnya sebelum transaksi penjualan berlaku. Short selling ini dikenali sebagai RSS (regulated short selling).
Oleh itu, mana-mana broker yang berminat untuk menyediakan servis RSS, maka ia harus menyediakan guideline untuk mengamalkan RSS dan diserahkan kepada Bursa Malaysia serta mempunyai sistem sendiri untuk mengawal dan memantau aktiviti short selling di bawah seliaannya.
KEADAAN2 YANG MANA SHORT SELLING DIBENARKAN.
Walau bagaimana pun, terdapat keadaan-keadaan yang mana short selling dibenarkan. CMSA seksyen 98 (4) ada menyatakan short selling dibenarkan jika.
1. Transaksi melibatkan odd lot.
2. Kontrak yang mana hanya akan wujud jika bayaran telah dilaksana atau title berpindah milik.
3. Transaksi dibenarkan Bank Negara utk dilakukan di dalam short term money market.
4. Sekuriti yang dibenarkan Menteri Kewangan.
5. Sekuriti yang direkabentuk oleh Bursa Malaysia supaya ia mematuhi Peraturan-peraturan Bursa Malaysia Sekuriti Berhad.
HUKUMAN JIKA MENGAMALKAN SHORT SELLING TANPA KEBENARAN.
Jika anda didapati mengamalkan short selling tanpa kebenaran, hukuman yang anda akan terima ialah DENDA SEHINGGA RM5 JUTA ATAU PENJARA 10 TAHUN ATAU KEDUA2NYA SEKALI.
Hukumannya memang berat kerana kesalahan short selling melibatkan kepentingan awam.
SHORT SELLING DI BURSA MALAYSIA PADA HARI INI...
Short selling sebenarnya telah lama wujud di dalam Bursa Malaysia, atau sebelum ini Bursa Saham Kuala Lumpur. RSS kemudian diharamkan pada 1997 sebelum kembali dibenarkan pada 2007. Hanya proprietary day trader (PDT) sahaja yang dibenarkan untuk mengamalkan RSS, itupun dihadkan short selling supaya close pun pada hari yang sama.
Ia diharamkan sebelum itu oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk mencegah pengaliran keluar modal ketika krisis kewangan Asia 1997 ~ 1998.
Untuk short sell, sesuatu stock itu haruslah layak untuk diberikan kemudahan SBL - Securities Borrowing & Lending facility - oleh Bursa Malaysia. Terdapat 280 stock yang mempunyai kemudahan SBL, maka 280 stock ini jugalah dibenarkan untuk short sell.
Pada 16 April 2018, Bursa Malaysia melaksanakan IDSS yang mana semua pelabur layak untuk short sell. Tujuan perlaksanaan IDSS ialah untuk meningkatkan liquidity dan mengawal volatility di dalam market.
BAGAIMANA IDSS MENINGKATKAN LIQUIDITY?
Sekiranya short selling tidak dibenarkan di dalam sesuatu market, maka pelabur hanya mendapat manfaat ketika price naik sahaja. Dalam erti kata lain, fund hanya masuk ketika market bagus sahaja. Sedangkan Bursa Malaysia mahu fund masuk ke dalam market kita tak kira ketika market bagus atau tidak - liquidity meningkat.
Dengan adanya short sell, pelabur-pelabur boleh mendapat manfaat tak kira walau apa pun keadaan market. Ini memastikan fund akan sentiasa masuk.
BAGAIMANA IDSS MENGAWAL VOLATILITY?
Sentimen normal pelabur-pelabur ialah mereka akan membeli ketika price naik. Semakin tinggi price bergerak, semakin ramai pelabur yang akan terburu-buru masuk sbb tak mahu lepaskan peluang. Ini akan menyebabkan price boleh bergerak terlalu tinggi.
Dengan adanya short sell, pergerakan price yang terlalu tinggi akan menjadi lebih terkawal kerana short sell sendiri memberikan peluang untuk pelabur-pelabur di setiap peringkat price melepaskan pegangan mereka.
Sebaliknya, tanpa short sell, pelabur-pelabur akan menjadi lebih tergesa-gesa pula untuk melepaskan pegangan sehingga sanggup menjual pada harga yang lebih rendah, sekaligus menyebabkan price runtuh lebih cepat.
Keadaan yang sama juga berlaku jika pergerakan price menjadi terlalu rendah.
BAGAIMANA BURSA MALAYSIA MENGAWAL SHORT SELLING?
Mekanisme yang diwujudkan oleh Bursa Malaysia ialah stock akan digantung daripada didagangkan jika
1. Price jatuh melebihi 15% berbanding close price sebelumnya.
2. Volume short sell melebihi 3% outstanding share.
EmpayarSaham
No comments:
Post a Comment