Pengetahuan

[bigpost][bigposts]

saham

[saham][bsummary]

belajar

[belajar][twocolumns]
Powered by Blogger.

BELAJAR DARIPADA KETAMAKAN DUNIA BARAT.



Jika anda nak invest, belajarlah menguasai fundamental. Jika anda nak trade, belajarlah menguasai emosi. Walaupun beberapa sharing yang lepas, Admin tidak berkongsi ttg saham, tetapi sharing2 tersebut berkait kepada fundamental yang kemudian akan mempengaruhi prestasi stock market. Lebih banyak anda tahu ttg fundamental, lebih banyak kerugian yang anda boleh elak, lebih banyak profit yang anda boleh sauk.

Seperti yang Admin share sblm ini, kita kini berada di pinggir tebing recession yang tinggi dan kita sedang ditarik ke gaung oleh COVID-19.

Kebarangkalian recession yang dahsyat ini sendiri telah diakui oleh Pengarah Urusan IMF iaitu Kristalina Georgieva. Beliau sendiri mengatakan utk mengelakkan recession ini, dunia memerlukan emerging market utk berbelanja sebanyak sekurang2nya USD 2.5 trilion!

ITU SESUATU YANG MUSTAHIL!

Anda boleh baca sendiri news yang Admin sertakan pautannya di bawah ini.

Persoalannya, ...

KENAPA NEGARA-NEGARA MAJU, TERUTAMA SEKALI US, YANG MEMBUAT HUTANG DAN BERBELANJA SEWENANG-WENANG, TETAPI EMERGING MARKET PULA PERLU MENANGGUNG AKIBAT DAN DIMINTA BERBELANJA UTK MENYOKONG PASARAN DUNIA DARIPADA ROBOH?

Terlebih dahulu...

KENAPA RECESSION BERLAKU?

Recession bermula dengan hutang.
Pada asalnya, pengambilan hutang adalah perkara biasa. Hutang yang baik adalah hutang yang digunakan benar2 utk menjana pertumbuhan bisnes. Apabila bisnes bertumbuh, ia akan mampu membayar semula hutang yang dipinjam, supaya wang tersebut boleh dikitar kepada bisnes yang lain. Pada masa yang sama, bisnes yang sudah bertumbuh, boleh memberi kemakmuran kepada negara melalui pembayaran cukai korporat, serta memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat - lagi pendapatan kepada negara melalui cukai pendapatan.

Pendek kata, pengambilan hutang yang baik yang didasari dengan fundamental yang baik akan memberikan lebih banyak pulangan berbanding jumlah hutang itu sendiri.

Masalah mula timbul apabila hutang baik bertukar menjadi hutang jahat!

Hutang jahat ialah segala2 yang terbalik berbanding hutang baik. Ia adalah hutang yang tidak benar2 digunakan utk menjana pertumbuhan bisnes.

Hutang korporat, contohnya, digunakan utk membuat share buyback yang mengkayakan siapa lagi kalau bukan pengarah2 syarikat, kerana kebiasaannya merekalah juga shareholder2 utama, sudah tentu sebahagian besar wang itu pergi kepada mereka. 
Selepas puas makan, sisa2 yang tinggal barulah digunakan kepada syarikat. Hanya sedikit shj yang dapat dirasa oleh pekerja2 syarikat yang telah bertungkus lumus membangunkan syarikat.

Share buyback pula seterusnya menyebabkan peningkatan harga saham. Maka, berebutlah para trader dan investor membeli saham syarikat, sedangkan hutang tersebut tidak langsung digunakan utk menjana pertumbuhan. Harga saham pun naik tanpa fundamental yang kukuh.

Sovereign debt pula digunakan utk membeli bond2 kerajaan. Ini supaya bond2 tersebut akan dilihat sangat menarik dan mempunyai permintaan, lalu rakyat pun belilah bond2 tersebut supaya duitnya dapat balik pada kerajaan. Sovereign debt juga digunakan utk menyokong bisnes2 bank supaya tidak lingkup. Padahal, kelingkupan bisnes2 bank adalah disebabkan ketamakan mereka sendiri yang memberikan pinjaman2 yang mudah dengan mengambil ringan kelayakan peminjaman seseorang itu. Bila pinjaman sudah default, bank2 tidak dapat wang mereka semula, kerajaan pula yang datang membantu MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT MEREKA SENDIRI!

Ini semua hanya sebahagian kecil contoh2 hutang jahat.

Hutang jahat akan menyebabkan bisnes kurang bertumbuh, cukai korporat kurang disumbang, peluang pekerjaan semakin menurun, cukai pendapatan pula semakin merosot, seterusnya menambah bebanan pula kpd kerajaan utk membantu golongan yang kurang berkemampuan yang semakin lama semakin ramai, hanya kerana hutang tidak digunakan dengan baik dan jujur.

Bagi sesebuah negara yang mempunyai fundamental yang baik, kadar hutang kepada GDP tidak harus terlalu besar. Sekiranya kadar hutang kepada GDP kecil, ia bermaksud bahawa peningkatan hutang adalah selari dengan pertumbuhan bisnes yang kemudian selari pula dengan peningkatan permintaan terhadap barangan dan servis. Dalam erti kata lain, hutang selari dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Namun, bagi sesebuah negara yang mempunyai fundamental yang tidak baik, kadar hutang kepada GDP akan menjadi lebih besar. Ini kerana peningkatan hutang yang tidak benar2 digunakan dengan baik dan jujur menyebabkan ia tidak selari dengan pertumbuhan bisnes yang kemudian tidak selari pula dengan peningkatan permintaan terhadap barangan dan servis. Dalam erti kata lain, hutang meningkat tetapi pertumbuhan ekonomi negara tidak sebegitu.

Dari tahun ke tahun, apabila hutang jahat ini semakin meningkat, ia akan semakin lari daripada hakikat sebenar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara... dan inilah yang dikenali sebagai gelembung.
Kemuncaknya, apabila kesemua hutang2 jahat ini default akibat tidak lagi mampu ditampung kerana semua orang hanya tahu meminjam tetapi tidak mampu membayar, maka ketika itulah gelembung akan pecah dan ekonomi akan jatuh dengan pantas kembali kepada fundamentalnya yang asal - itulah yang kita rasai sebagai recession.

COVID-19 adalah peristiwa hitam yang skrg sedang menguji kekuatan gelembung selama mana ia mampu bertahan tanpa pecah. COVID-19 kini telah menyebabkan banyak syarikat yang sengsara. Mana2 syarikat yang mempunyai fundamental yang baik serta mempunyai cash reserve yang mencukupi akan dapat mengharungi badai COVID-19 dengan selamat. Namun, bagi syarikat yang tidak mempunyai cash yang mencukupi, ditambah lagi dengan debt to equity ratio yang tinggi, yang sebelum ini tidak pernah beringat ketika berbelanja mewah... anda boleh bayanglah apa yang akan terjadi.

Itulah sebabnya Admin sentiasa menekankan setiap investor supaya fokus kepada syarikat yang mempunyai paras hutang yang munasabah, kemampuan cash yang mencukupi, pengurusan yang cekap dan jujur utk membangunkan syarikat serta tidak berada pada industri yang senja dan sendu.

US sendiri semakin lama semakin tidak tertahan dengan dugaan COVID-19. Itulah sebabnya Presiden Trump sendiri begitu ragu2 utk melaksanakan perintah kawalan pergerakan atau perintah penguncian pergerakan kerana beliau sedar ekonomi US kini sangat rapuh. Malah, walaupun beliau kemudiannya menukar nada suaranya menjadi lebih serius menghadapi COVID-19, beliau masih mendesak rakyatnya supaya keluar bekerja dan berbelanja selagi boleh. Kalau rakyat tidak lagi bekerja dan berbelanja, macamana bisnes nak survive? Bila bisnes tak survive, siapa yang nak bayar hutang banyak2 tu?

Kalau tak kerana quantitative easing yang tidak berkesudahan dilakukan oleh US, sejak 2015 lagi gelembung mungkin sudah pecah. Namun, walaupun mungkin gelembung berjaya bertahan daripada pecah, apa yang US berjaya buat hanyalah menyebabkan gelembung menjadi semakin besar dan akan lebih menyakitkan apabila pecah kelak.

KENAPA EMERGING MARKET PULA YANG KENA TAMPUNG GELEMBUNG?

Adalah sangat tidak adil apabila negara2 kaya yang membuat hutang sewenang2, emerging market, antaranya Malaysia, pula yang kena tanggung kesan daripada hutang2 ini. Namun, itulah hakikatnya yang terjadi pada hari ini.

Kebanyakan emerging market adalah juga pengeluar komoditi dunia. Oleh itu, mereka hanya makmur jika komoditi mereka mendapat permintaan daripada negara2 kaya yang menjadi pengguna komoditi. Ini memberikan kelebihan kepada negara2 kaya ke atas negara2 membangun.

Lihat saja bagaimana Eropah dengan berat sebelah mengeluarkan minyak sawit daripada senarai pembangunan bahan api bio dengan alasan minyak sawit tidak mapan alam sekitar dan menuduh minyak sawit punca deforestation di Malaysia dan Indonesia. Sedangkan hutan2 mereka sendiri hampir gondol ditarah utk minyak2 sayuran mereka. Demi mengekalkan jumlah hutan dunia yang sihat, dan demi memelihara persaingan minyak2 sayuran mereka, kita pula yang diminta mengawal jumlah hutan kita akibat kerakusan mereka.

Namun, ini menyebabkan kemerosotan yang serius terhadap permintaan minyak sawit negara.

Oleh itu, jika negara2 kaya ini mengurangkan permintaan mereka terhadap komoditi emerging market, yang lebih merasa kesan ialah emerging market itu sendiri kerana pendapatan mereka lebih banyak bergantung di situ. Itulah sebabnya, dengan sombongnya, Pengarah Urusan IMF iaitu Kristalina Georgieva meminta emerging market yang keluar belanja agar gelembung tidak pecah, jika emerging market tidak mahu dilanda recession.
Ini kerana jumlah hutang dunia tidak lagi selari dengan GDP dunia. Maka, utk mengelakkan gelembung pecah, GDP dunia perlu dipertingkatkan supaya selari dengan jumlah hutang yang telah dibuat, melalui emerging market utk berbelanja sehingga USD2.3 trilion, hanya semata2 utk mengelak hutang2 ni default.
Jika tidak, seluruh dunia akan diheret ke arah kemelesetan.
KESIMPULAN.

Utk mengelak Malaysia daripada terjerumus ke lembah recession yang sama, Malaysia harus mempunyai fundamental ekonominya sendiri yang mapan. Ia harus boleh berdiri sendiri tanpa perlu pergantungan dari luar. Ia harus bertukar daripada negara membangun yang bergantung kepada komoditi kepada negara maju yang berpendapatan tinggi.

Kesemuanya bermula daripada kita. Kita harus menjadi rakyat yang berpengetahuan dan berfikiran maju. Kita harus rajin membaca, harus sentiasa berfikiran positif, fokus kepada persamaan antara kita dan elakkan membesar2 perbezaan yang remeh temeh antara kita. Kita harus bangkit menyokong ekonomi negara kita bermula dengan meningkatkan ekonomi kita sendiri. Rajin bekerja dan tidak takut dengan cabaran. Jangan takut pada perubahan kerana yakin bahawa rezeki sentiasa ada. Elakkan membuang masa dan elakkan memboros dan membuat hutang yang tidak perlu. Melaburkan lebihan wang yang kita simpan agar ia boleh menyumbang kepada kekayaan kita.

Ayuh, mari kita tingkatkan ilmu pelaburan kita agar kita boleh sama2 membantu menyokong market kita dan mampu mengambil kesempatan juga terhadap kekayaan negara2 yang mengaku kaya ini.

No comments:

Post a Comment